Lama sudah aku bercuti. Bercuti dari gelanggang dakwah rasmi (wujudkah konsep ini) Justeru aku pantas memberikan alasan, bercuti dari gerak kerja je, tak pernah bercuti dari menjadi khalifatullah.. benarkah?..
6 bulan. Satu tempoh yang terlalu panjang bagi khalifatullah yang lemah seperti ku tidak mencaj bateri.
Bateri untuk berdakwah. Tempoh yang lama bagi insan lemah sepertiku untuk tidak mengahdiri usrah.
Dan tempoh yang tersangat lama bagi pekerja malas sepertiku untuk tidak diikat dengan
peraturan dan tanggungjawab.
14 dan 15 Jun 2008. Diarahkan menyertai program DRAW. Dakwah Generation Workshop 08.
Memang hati ini sangat teruja untuk hadir, sebab dah terlalu lama menyulam rindu utnuk bertemu sahabat2 seperjuangan. Aku kesana menaiki public transport, janji untuk bertemu AJK program di stesen LRT Cheras. Janjinya akan ada orang yang menjemputku dan membawa ke tempat program. Sesampai di sana, aku menelefon AJK, ternyata pengangkutan semuanya sedang digunakan.
Aku diarahkan mengambil teksi untuk ke tempat program. Pastinya enggan kerana ummi selalu sahaja menasihatkan supaya tidak menaiki teksi sendirian, bahaya. Masih ingat lagi jawapanku padanya, "Mana ada pemandu teksi perempuan". Kemudian aku disuruh pula berjalan kaki ke tempat program!! Katanya tidak jauhpun dari stesen itu. Bagai sukar untuk percaya, jauh lebih sukar untuk menahan air mata dari ditumpahkan. Saat itu niat di hati memang ingin membeli tiket LRT untuk pulang ke rumah, namun kucuba tenangkan diri. Rasa ingin memberontak..
Kemudian aku terfikir semula. Itu bukan kali pertama aku ke situ. Dua tahun lalu aku pernah menganjurkan program seumpama itu untuk adik2ku, adik2 yang ingin mengenal jalan dakwah. Dan ketika itu aku jua berjalan kaki dari stesen LRT ke tempat program, bersama dengan seorang teman yang sentiasa menjadikan aku tabah menghadapi cabaran dan mehah dalam medan dakwah, teman yang selalu memasak dan memahat utuh kakiku agar terus tega menapak dan melangkah di jalan dakwah. Ah sungguh aku rindu saat itu, sungguh aku rindu pada sahabatku itu. Lalu aku teruskan melangkah..
Ah bagaimana bisa ku lupa pada latihan keras yang pernah ku lalui dulu, bagaimana ku terus alpa dengan kesenangan hidup di dunia, sehinggakan cabaran sekecil itu berjaya menjadikan aku tertunduk lesu dan terkulai layu mengalah. Ahh..
Jika ada singa yang kehilangan taringnya... itulah aku
Jika ada enjin yang kehabisan petrolnya... itulah aku
Jika ada burung yang patah sayapnya... itulah aku
Jika ada tumbuhan yang layu dan kontang dalam kemarau.. itulah aku
Jika ada kereta yang habis baterinya.. itulah aku
Dan jika ada khalifatullah yang telah hilang daya... itulah jua diriku..
Akhirnya dengan izinNya, aku beraya jua mengikuti program itu. Dan yang paling bermakna bagiku adalah slot muhasabah bersama ustaz ridha (seniorku) http://ridhauddin.com yang membuatkan aku terkasima betapa akulah bilah pedang tajam agama yang telah tumpul dan berkarat.. kerana aku berasa mampu untuk bercuti selama 6 bulan namu hakikatnya aku tidak sekuat itu untuk berjauhan dari sahabat2 seperjuanganku.. namun itu tidak bererti batu pengasahnya turut hilang!
aku akan berusaha untuk mengasah dan mengilatkan pedang itu kembali!
Friday
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment