Followers

Monday

Aku yang sedang hiba

Poligami. Satu terma yang mengungkap kengerian bagi kebanyakan wanita. Begitu jua aku. Memori hampir 10 tahun lalu ketika abah menikahi isteri keduanya.. Biarpun waktu itu umurku masih mentah untuk mengerti makna yang tersirat disebaliknya, namun kerana usia muda itu jugalah aku salah mentafsirkannya. Itu satu rahmat dalam agama, satu rahmat untuk manusia, namun kenapa aku terlalu takutkannya? Takut untuk berkongsi? Kerana aku lebih rela bersendiri dari berkongsi barangkali

Sukarnya ingin memiliki dan menjadi milik seorang lelaki yang banyak kelebihannya.
Dulu  aku ingin sekali menjadi permaisuri kepada jejaka yang tidak tampan wajahnya, agar tidak ada wanita lain yang mengimpi untuk menjadi surinya.
Dulu aku ingin sekali menjadi teman kepada jejaka yang tidak ramai sahabatnya,
supaya aku akan begitu dihargai dan dijadikan teman setia.
Dulu aku ingin sekali menjadi penjaga kepada jejaka yang tidak ada hartanya, agar tidak ada tarikan gadis lain kepadanya.
Dulu aku ingin sekali menjadi pendamping seorang jejaka yang kurang kebijaksanaanya, agar dia tidak menjadi buruan golongan intelek wanita. 
Dulu aku ingin sekali menjadi rakyat kepada jejaka yang tidak berkilau sifat kepimpinannya, agar tidak ada wanita lain yang berkenan untuk menjadi rakyatnya.
Dulu aku ingin sekali dilindungi jejaka yang sering menghampirkan diri kepadaNya, agar aku turut dibawa sama dalam kembara menuju Pencipta.
Dulu aku ingin sekali menjadi penyejuk mata kepada jejaka yang tinggi semangat juangnya, 
agar aku ditarik sama atas landasan juang itu.
Dan dulu aku ingin sekali menjadi satu-satunya isteri kepada suamiku, agar aku dapat mencurahkan segala ketaatan dan baktiku kepadanya dan menjadi isteri yang paling setia!

Mungkinkah aku layak untuk semua itu?

No comments: