Tak sampai sejam Ramadhan akan tiba.. Pastinya penantian yang mendebarkan tapi tetap jua tidak mampu bersabar.. sebagaimana berdebarnya aku menunggu kepulangan abang dan hati berharap cepat saja masa beralalu agar dapat terus kutiba di saat waktu itu…seindah pertemuan pertama selepas akad nikah insyaAllah
Sebentar sahaja lagi tarawih pertama akan diadakan. Niat di hati ingin menyertai tarawih di Masjid UIAM di KOM (Kuliyyah of Medicine). Sempatkah aku? Bunyi guruh sedari tadi mengacah2 perasaan. Mungkin terpaksa bertarawih di mahallah sahaja seandainya hujan turun.
Ramadhan meninggalkan banyak kenangan yang mengundang syahdu. Aku masih ingat, suatu waktu dahulu, aku dan asma berjaga pada malam ganjil dalam sepuluh malam terakhir. Bukan calang2 berjaga, malah berjaga sehingga ke waktu subuh. Pastinya misi mencari lailatul Qadr. Dengan masing2 ditemani sehelai kertas, tertulis atasnya senarai doa yg ingin kami pinta apabila bertemu lailatul Qadr. Tingkap bilik kami buka.. kerana ingin melihat pokok yang turun bersujud. Dan segelas air kami letakkan diatas meja, agar dapat kami sedari kehadiran Lailatul Qadr apabila air tersebut membeku. Apabila dikenang semua itu, pasti aku tergelak sendiri. Naif sungguh kami di waktu itu. Dan cetek pula ilmu tentang malam istimewa. Malam seribu bulan, bukan bermakna air akan membeku, bukan pula pokok akan bersujud semuanya, bukan langit menjadi cerah.. yang penting beramal, dan ganjarannya pasti tersedia!
Masih juga kuingat Ramadhan kami di rumah lama.. banjir teruk diwaktu itu. Aku yg tidur ditingkat atas pastinya enggan bersahur kerana tidak mahu meredah air banjir ditingkat bawah.. Dan setiap pagi, Ummi lah yang akan meletakkan nasi dan lauk didalam pinggan dan memberikan kepadaku yang duduk menanti di tangga.. Sungguh aku benar2 sepatutnya malu dengan Ummi! Dan kami berbuka puasa dalam keadaan rumah yang berlecah.
Suatu waktu dahulu, Ramadhan kutemui sewaktu menduduki SPM. Dan Ummi sangat risau aku berpuasa ketika menjawab peperiksaan. Sungguh Allah itu mengetahui hati bimbang seorang Ummi. Aku ditaqdirkan cuti berpuasa sehingga tamat peperiksaan. Dan setiap hari, Ummi pastinya akan bawa aku pulang kerumah untuk makan tengahari walaupun aku berkeras untuk menumpang solat zohor dirumah kawan berhampiran sekolah. Tersenyum aku mengenangkan semua itu.
Teringat juga suatu Ramadhan 3 tahun lalu.. ketika aku sangat buntu untuk membuat pilihan tatkala menerima lamaran seseorang.. sedangkan hati terpaut pada seorang akh lain dan aku tidak tahu apakah dia dapat menerimaku.. Masih kuingat tarikh itu 25 ramadhan ketika aku benar2 menangis dan berharap, dlm kegelapan aku mengemis simpati dariNya agar ditunjukkan jalan keluar.. sehinggalah seminggu kemudian aku mendapat SMS dari dia yang sangat kupuja, yang langsung melamar terus kepada ummi dan abah.. sungguh Allah selalu tidak mengabaikan hambanya.. sehingga kini Allah menghadiahkan dia kepadaku, menjadi suami yang sangat setia.. ahh pastilah aku insan yang paling bahagia. ALHAMDULILLAH untuk pemberian ini.
Masih kuingat ramadhan aku di Kuantan, sungguh aku sangat suka beriktikaf pada sepuluh malam terakhir di Masjid Negeri Kuantan. Memang pada dasarnya kami tidak dibenarkan untuk bermalam disitu, tetapi setelah kupujuk rayu kepada pak guard, dia mengizinkan juga tdengan syarat lampu besar tidak boleh dinyalakan.. dan kami dikunci dalam masjid. sungguh syahdu apabila bersendirian (meskipun ada beberapa akhawat lain) didalam rumah Allah yang sangat luas, begitu terasa kekerdilan seorang hamba. Pada tahun pertama, aku kesitu dengan menaiki kereta Pak Teh (prebet sapu). Pada tahun kedua, aku sudah memiliki kereta sendiri hadiah dari abah- Fiat Brava yang aku panggil Shika. Pada tahun ketiga, aku kesana menaiki Naza Suria juga pemberian abah yang aku panggil Shika Jr. Pada tahun keempat? Terpulang pada abang..
Teringat juga Ramadhan yang baru sahaja berlalu pergi, ketika posting pertama aku dlm tahun klinikal- mana mungkin aku lupa ketika aku berpuasa di Temerloh, sungguh memori yang sangat bermakna apabila kami selalu berbuka puasa di dalam bas untuk pulang ke Kuantan. Dan kami bertarawih di rumah, masak untuk berbuka.. terasa bagai baru sahaja ramadhan itu berlalu.. dan kini aku bakal bertemu ramadhan lagi..
Bagaimana pula dengan ramadhan kali ini? Ah tentulah ramadhan ini bakal menjadi ramadhan paling bermakna insyaAllah :) kerana ramadhan kali ini aku tidak bersendiri lagi, ramadhan kali ini aku berdua. Kalau dahulu setiap kali tibanya ramadhan dan setiap kali tibanya syawal, pasti aku tertunggu2 SMS dari tunangku, mesej formal yang mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya. Tapi kini aku tidak sabar menunggu ucapan mesra dari kekasih yang sangat aku cintai, untuk mengucapkan selamat berpuasa!
Sayang, InsyaAllah lagi sejam bermula Ramadhan. Kesyahduan Ramadhan sudah sangat3 terasa.. Moga kita sama-sama memasuki Ramadhan dengan hati yang insaf, dan keluar darinya dengan diri yang jauh lebih bertaqwa.. Rapatkan dirimu dengan kalamNya, wahai HAAFIDZUL QURAN. Sungguh aku sangat bertuah dapat dicintai oleh hamba yang hatinya sangat mencintai Pencipta!
Ingatan mesra dari Zaujah Sayang
Pastinya aku akan menunggu ramadhan seterus2nya.. ketika kami tidak lagi berdua tapi ditemani buah hati, dari benih cinta tautan kasih antara aku dan abang. Ah tidak sabar untuk ku tunggu waktu itu
P/s aku suka panggil Sayang dengan gelaran Hafidzul Quran walaupun Sayang acapkali berendah diri menegaskan banyak hafazan yang dia tak mampu pegang.. Itu satu doa untukmu, Sayang. Agar kau lebih bersemangat untuk hafaz kembali bahagian dari Quran yang terlepas dari genggamanmu
Letto – Sejenak (untuk mengahrgai Ramadhan..)
sebelum waktumu terasa terburu
sebelum lelahmu menutup mata
adakah langkahmu terisi ambisi
apakah kalbumu terasa sunyi
luangkanlah sejenak detik dalam hidupmu
berikanlah rindumu pada denting waktu
luangkanlah sejenak detik dalam sibukmu
dan lihatlah warna kemesraan dan cinta
sebelum hidupmu terhalang nafasmu
sesudah nafsumu tak terbelenggu
indahnya membisu tandai yang berlalu
bahasa tubuhmu mengartikan rindu
luangkanlah sejenak detik dalam hidupmu
berikanlah rindumu pada denting waktu
luangkanlah sejenak detik dalam sibukmu
dan lihatlah warna kemesraan dan cinta
yang tlah semu.. yang telah semu
No comments:
Post a Comment