Followers

Saturday

Poligami?

maryamalbatul: waktu nak kawen kedua tu, isteri pertama yg dtg lamar calon isteri kedua
maryamalbatul: lepastu baru kawen 3 tahun kot, suami dah kawen yg ketiga, baru2 ni je
muhammad al-athiq: owh.... hahahaa....macam mustahil plak berlaku kat abg... hahahaa
maryamalbatul: hehehe
maryamalbatul: yang ayg dpt fikir, possibility adalah ayang bawak ameer faheem lari dan hilang tanpa dikesan ;P
muhammad al-athiq: hahahaaa

(p/s: yg mcm mustahil bagi abang adalah mustahil untuk aku melamar muslimah lain untuk menyertai keluarga kami)

Sebetulnya tadi aku baca blog isteri seorang tokoh (betul ke ni?? sampai sekarang masih ragu-ragu dan tidak percaya dengan info ini). Perkahwinannya kerana agama. Link blog tu didapati dari facebook, lantaran ada yg mewar-warkan. Banyak nasihat dicoretkan dalam blog itu, tetapi hati keras dan degil wanita bernama Maryam al Batul, tidak dapat menerima baik perkara itu... tetapi Alhamdulillah mereka bahagia :) lekas2 menghentikan bacaan sebelum menjadi emotional dan menyerang abang tanpa hujung pangkal^_^ Abang seperti biasa tidak suka aku menyelami perkara yang mengganggu emosi, katanya blog itu hanya untuk mereka yang bersedia dan willing.

Poligami. Isu yang aku tidak suka kupas dan bincangkan. Bahkan bagi kebanyakan wanita. Sesuatu yang telah aku rasakan keperitannya, biarpun bukan dari kacamata seorang isteri. Hati sememangnya susah untuk dijinakkan, dan aku mengambil positif perkara ini tatkala ummahatul mukminin juga cemburu sesama mereka. Bukankah Rasulullah itu sesempurna suami? Poligami bukanlah sunnah yang dianjurkan tapi hanyalah satu keharusan dan jalan keluar dalam keadaan yang mendesak. Ramai yang salah faham akan perkara ini. Tidak semua yang halal itu indah. Seperti talaq. Ia halal tapi cukup dibenci Allah. Namun ia juga jalan keluar bagi perkahwinan yang seumpama neraka dunia.

Kekuatan setiap wanita berbeza, justeru jalan yang dipilih Allah untuknya juga berbeza.. bengkok wanita itu juga ada yang mudah dilentur, ada yang senang sahaja untuk patah bilamana cuba utk diluruskan.

Saya sarankan bagi para suami, bacalah buku ini sebelum berfikir untuk berpoligami
Sebenarnya aku pun belum baca buku ini, hanya mendengar sinopsis dari Ummi yang sedang dalam fatrah menggilai novel Fatimah Syarha hehehe (abang tahu tak, ummi pinjam novel FS yang abang hadiahkan kat ayang dulu... ayang pun x baca lagi novel tu ;p)

Nak harapkan abang baca? Seperti mengharapkan... pendek kata impossible ;p aku tahu artikel sepanjang satu muka menggunakan font Times New Roman size 10 pun payah nak minta abang baca... abang rajin baca blog ni je, itupun baca kuat2 sampai aku yang di dapur pun dapat mendengar setiap butir kata huu. tapi aku yakin dengan kejujuran dan cinta abang insyaAllah :) aku tak ingin memikirkan tentang poligami sehingga mungkin suatu waktu kehadapan, taqdir Allah ada keperluan kepadanya... jua tidak tahu perancangan Allah untuk diri ini, entahkan akan dilamar sebagai isteri kedua suatu hari nanti...

8 comments:

. said...

terima kasih kak untuk entri ni :)

Unknown said...

sama sama :) tapi terima kasih untuk apa ye?

'Atiqah said...

maryam,mak tkah prnh ckp,'yang namanya lelaki tu, mesti akan ada terfikir pasal isteri lebih dari satu.cuma, ada yang mampu buat, ada yang tak mampu'.. my mom said, kalau suami minta kahwin lain ckp gini,'..kalau abg boleh bg rm5ribu sebulan untuk belanja saya, silakan..sekarang juga' =p (definisi 'mampu' mungkin)

Unknown said...

alamak tkah, kalaupun suami mampu bg rm5juta sebulan pun saya tak sanggup huuu. tp kami dah ada perjanjian sebelum kahwin... perjanjian seperti dlm cerita ketika cinta bertasbih ^_^, perjanjian yg diikitraf dalam islam :) rasanya memang tak akan mampu berpoligami. reserve untuk wanita yang berhati kental!

aindbest said...

hihi.akk tergerak pg2 ni nk buka blog batul..dan ternyata tak sia2..ade bnde best untuk akk bace..

isu yg sngt sensitif bg sesetengah pihak dan isu ini juga laa yg menyebabkan kaum lelaki "nk ikut sunnah"..

kdg2 akk ter pk..bkn hnye poligami saje yg bole 'ikut sunnah' tp sngt bnyk lg isu d luar sane yg bole d jadikan panduan utk si lelaki..

puase..solat..tanggungjwb..dll..

~~akk yg jenis cemburu ini sudah tentu akn gerudi sedalam2 nye sblm kawin ngn en.hubby..dan mmg kami pn wt deal sblm kawin..haha..dan mungkn juge akk akn menyepi malah melarikan diri bersame anak2 (time da ade anak2 laa)..jike ini terjadi..ini ape yg akk pk skg..akn dtg?..mmm..dunno yet. =)

Unknown said...

eh pikiran kita sama la hihi. tulah dulu sebelum kahwin dah buat syarat berkahwin (taklik), kalau suami berpoligami, maka isteri ada hak utk meminta cerai. alhamdulillah dah selamat kahwin atas persetejuan both parties. bukan apa, ini utk menjaga hati, menjaga iman. kalau lepas2 ni berubah fikiran lain ceritalah kan :)

aindbest said...

setuju..sbb kite tetap wanita..mempunyai hati yg fragile..walau setabah mane pn..sure akn terguris gk..so beter elak kn..

~len laa if got special case..haha..em, akk akn announce sumthing..later..

Ummu Iffah said...

Kak, nak link blog yg akak baca tu...saya nak baca juge...