Followers

Monday

Poligami lagi?

Dah bersiap2 nak tido, siap dah hantar report kat abang ckp nak tido tapi haisssy hati ni berapi-api je baca status2 di FB...maka terpanggil untuk mencoret sesuatu di sini...

Semakin hari terasa semakin menjadi2 isu poligami dihebahkan. Yang suami sengaja membuat status berbaur poligami, membayangkan keinginan hati barangkali. Yang isteri tidak mahu kalah dalam bertelingkah maya. Aku juga akan begitu jika abang membangkitkan isu ini.

Bagi para suami semua ini satu gurauan. Tapi bagi kaum isteri, gurauan yang cukup memanaskan hati. silap-silap pergaduahn besar boleh terjadi..

Kadang2 aku jadi pelik kenapa lelaki suka sangat dengan poligami. Cuba kalau isteri ada kekasih lain, kecemburuan suami mungkin lebih2 lagi kan? Isteri juga manusia yang bermimpi untuk menjadi bidadari syurga... siapa lagi yang dapat membantu isteri mencapai impian murni jika tidak para suami?

Alhamdulillah semenjak sebelum perkahwinan kami, aku sudah menegaskan dengan abang bahawa aku tidak suka bercerita tentang poligami meskipun dalam bentuk gurauan. Bukan setakat bercerita, aku dan abang membuat perjanjian, bahawa jika abang memilih untuk berpoligami suatu hari nanti, aku punya kebebasan meminta untuk dileraikan dari ikatan perkahwinan. Sampai begitu sekali. Abang akur. Dan alhamdulillah sepanjang tiga tahun perkahwinan, TIDAK PERNAH walau sekali abang bergurau dengan perkara ini. Begitu abang berusaha menjaga hubungan kami. Malah abang pula yang selalu menamatkan perbualan bila aku ingin mula berbicara tentang poligami. Bagi abang, wanita berkata-kata dengan emosi. Mungkin itu sebab abang selalu enggan berbual tentang perkara sensitif, nanti isterinya marah tak tentu hala, abang yang tak bersalah pun jadi dimarah isteri hehe. Dan kerana sikap abang itu, aku begitu menghormati dia. Cuba ditanyakan kepada abang, pernah tak WALAU SEKALI setelah bernikah aku memuji lelaki lain dihadapan abang? Tidak pernah. Sehinggakan bila abang memuji kawan2 lelakinya, aku yang suka berdalih. Kalau abang kata, "Segaknya A," aku akan terus sahaja jawab, "Biasa je. Abang pun handsome".

Menjadi isteri bukan mudah, jika suami tidak membantu. Isteri bukan malaikat tapi insan biasa. aku suka bertanya kepada abang, kenapa suami ingin berpoligami. Setiap kali abang akan bagi jawapan yang sama. Kurangnya layanan isteri kepada suami. Pernahkah suami terfikir mengapa kurangnya layanan isteri? Sebab paling utama, kerana kepenatan. Kenapa isteri penat? Melayan karenah anak-anak, mengurus rumah tangga, itupun jika belum ditambah dengan bebanan kerja. selalunya wanita tidak diberi pilihan. Menjaga anak yang ramai, mengemas rumah, mengurus pakaian dan makanan seisi keluarga, mengambil dan hantar anak ke sekolah. Kalaulah ramai suami yang berkesedaran untuk membantu isteri..... sudahlah tidak membantu, saat isteri baru mula merebahkan badan untuk berehat, terpaksa layan suami pula... ramai meminta isteri taat kepada suami menggunakan hujah agama, sedangkan mereka melayan isteri seperti seorang hamba..

Aku sudah merasa terpukul dengan tanggungjawab seorang suri rumah. Penat. kepenatan yang sangat. Lebih penat dari waktu aku jadi student, dengan segala kesibukan di hospital, on-call dsb. Itupun baru menjaga seorang Ameer. kalau sepasukan Ameer? Alamat pengsanla isteri abang hehe ^_^

Kerana aku manusia dan bukan malaikat, malah wanita yang degil dan bersuara pulak tu, aku jujur memberitahu abang bahawa aku penat. Aku jujur mengakui bahawa aku tidak ada waktu utk mendandani diri sendiri, baru ingin berpakaian cantik dan berwangi-wangian, kena turun ke dapur pula, kemudian ke tandas basuh berak anak, kemudian berkejar menguruskan pakaian kotor... dan begitulah tidak berhenti sehinggalah tidur. Bangun keesokannya... rutin yang sama.
Aku tahu abang memahami, tapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kurangnya layanan pada suami. Suami kan 'anak manja' isteri juga ;p Jadi waktu itu kami ambil keputusan membahagikan tugas mengemas rumah dan mencuci tandas utk abang, memasak utkku dan menjaga anak tanggungjawab bersama.. lebih aman insyaAllah

Justeru suami dan isteri, berbincanglah dengan elok. Masing2 ada keperluan dan kehendak. Janganlah menyakiti pasangan meskipun bagimu itu hanya satu gurauan..

8 comments:

molliesa said...

kakmolie pulak..beri keizinan kepada suami..tetapi dia mesti lah menepati syarat2 untuk berpoligami...

Unknown said...

kak molie memang berjiwa besar! ALHAMDULILLAH. tak ramai perempuan macam ni! poligami yang indah adalah poligami yg semua isterinya redha.. maryam ni dengar org lain dok ckp pasal poligami pun dah emo habis, belum lagi jadi kat diri sendiri huuu

'Atiqah said...

i LIKE this the most..well-said dear! =) his is what ive been wanting to say, tapi asyik tersimpan je dalam hati..

aindbest said...

bagus batul post entry kali ni..at least bg kesedaran utk mrk yg masih kurang sedar d luar sane tuh..

jika poligami d amalkn utk waktu dulu mgkn segelintir wanita boleh trime..sbb :
1- mrk tidak bekerje..hnye perlu duk umah jg umah dan anak2..
2- bile duk umah je, sure ade mase utk hias diri..ade gk mase terluang..
3- lelaki zaman dulu lebih bersifat adil berbanding skg..kenape akk ckp mcm tuh?..
cth : Rasulullah berkahwin dgn wanita yg memerlukan pertolongan..wanita susah..janda..dll..dan Baginda masih mampu berlaku adil..hal ini diakui sendiri oleh isteri2 baginda..

TAPI..zaman skg ni lelaki berpoligami dn anita yg VOGUE..MODERN konon nye..BERGETAH..
cube jike mrk berhabiskn duit utk VOGUE kn isteri..BERGETAH kn isteri..MODERN kn isteri..salah ke?..malah d galak kn..
dan tak salah jika suami MABANTU meringan beban isteri dlm kerja2 rumah..

Alhamdulillah akk d kurniakan suami yg memahami..malah si suami pn menegah akk berbicara soal poligami..bgnye isteri yg SATU itu sudah cukup..yg pnting same2 usaha..(",)

~~caya laa batul..hehe..tetibe..

Ummu Iffah said...

Saya pula turut sama bsifat hati terbuka terhadap poligami...memandangkan masih byk ruang dalam rumahtangga utk dilengkapi oleh wanita2 muslimah lain...semoga berkongsi merendahkan perasaan dan mendidik jiwa....just prepare for it...

since dah nikah 5 tahun, lama saya bergelut dgn perasaan mencari ape yg ada dalam poligami yg membahagiakan hati seorg isteri, alhamdulillah baru2 ni saya menemui jawapannya...belum lagi mampu digugat oleh bisik2 dengki syaitan...semoga istiqamah...doakan saya eh...(^-^)

Unknown said...

salam nurul alhamdulillah untuk keterbukaan hati :) share lah sikit, mana tahu terbuka juga hati ni ^_^

ummuardhini said...

salam Mariam....
Perkongsian yang sangat2 bagus....ramai jugak teman yg Nisa jumpa meredhakan suami untuk berpoligami, malah boleh bergurau manja tentang poligami dgn isteri di hadapan org lain.....

Namun pendirian Nisa tetap satu, poligami hukum Allah yang sangat misteri dan tidak boleh ditolak...

Tetapi sekiranya dikaji, banyak alasan yang diketengahkan sebelum seorang suami boleh berpoligami...

Kenapa tidak bahagiakn diri dengan satu isteri dan berjuang untuk keluarga yg ada daripada mencoret kisah lain yg belum tentu hujung pangkalnya kan....

Semoga Allah berikan kita kekuatan untuk menjadi isteri yg terbaik untuk suami masing-masing....

Wallahualam....

Ummu Iffah said...

Kak, faktanya semua dah tahu...cuma camner nak pujuk ngan nego hati kite tu kena cara memasing...saya suka cari pengalaman org yg dah hadapi yg sgt positif, menyelami kebahagiaan mereka dalam berkongsi....

Sharing is caring kan...

Then, try tu put myself in that situation. bayangkan gini,gtu...byk kali stress sbb rasa takleh terima...tp sntiasa cuba cr jalan kuar...macam buat simulation lah...hehe