Followers

Friday

Kerehatan sementara

Urusan dunia tidak pernah mahu mengalah untuk mencelarukan jiwa. Namun ada baiknya. Kadangkala aku ingin membawa diri dan hati untuk lari jauh. Jauh meninggalkan kecintaan dunia..

Urusan akhirat juga tidak betah tertewas dari melebarkan pengaruhnya. Ada baiknya. Ia sentiasa menggamit kerinduan hati untuk menghampirinya.

Dunia itu didapatkan dengan ilmu. Begitu juga akhirat. Aku inginkan kedua-duanya.

Hari ini sayu tidak segan hadir tanpa undangan. Hati dan rasa meratapi abang yang jauh di perantauan barangkali. Tapi lekas-lekas cuba untuk jelas akan tujuan kepulangan kami mendahului abang. Barangkali juga aku terkesan dengan perbualan antara kami semalam. Betapa aku acapkali diingatkan abang bahawa keizinan yang dia hadiahkan, adalah satu pengorbanan yang maha besar dari dia..Sang isteri pasti terlalu arif dengan hakikat itu..

Sungguh sesiapa yang pernah menyandang gelaran Isteri, akan sangat mengerti bahawa gelaran itu tidak datang kosong. Pemberatnya jelas terasa berbekas di pundak sehinggakan andai diberi peluang untuk menanggalkannya seketika, begitu terasa kerehatannya. Itulah hadiah dan anugerah yang teramat besar dari abang untuk isterinya... kerehatan sementara. Anugerah besar yang abang hadiahkan dengan pengorbanan langung tidak terbalas oleh sesiapa melainkan Allah swt. Ya Allah, moga Engkau jadikan ini saham untuk suamiku bagi meraih syurgaMu..

Kata orang seberat manapun tanggungjawab isteri, bukanlah kerehatan itu yang dicari-cari. Hanya bonus mungkin dalam dunia suami isteri :) Kerana dalam kepayahan selalunya ada keindahan, meski keindahan itu awalnya tersembunyi dan tidak dapat dihargai. Aku suka diskusi dan perkongsian dengan abang bagi mengoreksi perjalanan kami bersama. Mencari kekurangan untuk ditambah baikkan, mencari kesalahan untuk diperbetulkan, serta mengasakkan hati dengan kata-kata puji, rindu dan cinta :) Pada abang ada duniaku, pada abang juga ada akhiratku..

Sedikit waktu yang berbaki, sebelum aku kembali berkhidmat untuk kekasih hati (pelik kan? aku rindu untuk berkhidmat utk abg semula biar bagaimanapun penatnya :P), peluang digarap untuk memenuhkan dada dengan ilmu. menyelak lembaran kitab, "30 Luahan Hati suami" karya Dr Hasan Ali. Tersenyum aku siang tadi saat menceritakan kepada asma bagaimana buku itu terhimpun dalam koleksi peribadi. Hadiah dari abang, pastinya! Abang membeli secara rahsia, menyorokkan di dalam laci meja solek, dan bila sudah pulang ke Jordan, barulah sms memberitahu bahawa dia ada tinggalkan hadiah hehe. Saat itu Ameer Faheem belum ada. kami masih terlalu baru melayari alam rumah tangga. Lama buku itu dibiarkan sepi, sehingga sekarang baru ada waktu untuk menyelami hikmahnya.

Antara yang dikongsi... (dan terlalu banyak untuk diperbetulkan sebelum abang pulang...)

30 Luahan Perasaan Suami.

1."Isteriku, Iktitraflah kelakianku"
2."Isteriku,Jagalah Rumahku"
3."Isteriku, Janganlah Leteri aku"
4."Isteriku, Fahamilah Perasaanku"
5."Isteriku, Berbincanglah dengan ku"
6."Isteriku, Hiasilah Dirimu"
7."Isteriku, Berlemah Lembutlah terhadapku"
8."Isteriku,Hargailah pemberianku"
9."Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak"
10."Isteriku, Jagalah Makan Minumku"
11."Isteriku,Jagalah pakaianku"
12."Isteriku , Didiklah Anak-Anakku"
13."Isteriku, Raikan Keluargaku"
14."Isteriku, Sembunyikanlah Kepintaran & Kelebihanmu"
15."Isteriku, Janganlah Membuang Masamu"
16."Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah"
17."Isteriku, Patuhlah Kepadaku"
18."Isteriku, Janganlah Cemburu Buta"
19."Isteriku, Tunjukanlah sifat sabarmu"
20."Isteriku ,Iktiraflah Kepimpinanku"
21." Isteriku, Bantulah Kejayaan ku."
22"Isteriku,"Jadikan Anak2ku Insan Berakhlak mulia"
23."Isteriku, Permudahlan Penglibatan Sosial ku"
24."Isteriku, Janganlah Boros"
25."Isteriku, Hargailah Kejayaanku"
26"Isteriku,Galakkanlah Hobiku"
27."Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelek ku"
28."Isteriku,Berjimat Cermatlah"
29."Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku"
30."Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku."


Serius, buku yang sangat menarik dengan penyampaian bersahaja tetapi penuh makna!

Ini pula balasan dari buku pikatlah hatiku: 30 luahan ister ;p
BAHAGIAN 1: BISIKAN DAN PERASAAN HATI ISTERI
Bisikan 1: "Suamiku, Bermesralah dengan Isterimu"
Bisikan 2: "Suamiku, Fahamilah Perubahan Semula Jadi Isterimu"
Bisikan 3: "Suamiku, Jangan Cepat Cemburu"
Bisikan 4: "Suamiku, Bersikap Romantik dan Sayangilah Isterimu"
Bisikan 5: "Suamiku, Buangkan Sikap Garang dan Pemarahmu"
Bisikan 6: "Suamiku, Berusaha Mengambil Hati Isterimu"
Bisikan 7: "Suamiku, Sesekali PandaiIah Memuji Isterimu"
.
BAHAGIAN 2: BISIKAN DAN KELUHAN HATI ISTERI
Bisikan 8: "Suamiku, Rajinlah Membantu Isteri mu"
Bisikan 9: "Suamiku, Janganlah Mata Keranjang"
Bisikan 10: "Suamiku, Adakanlah Perbincangan dan Perbualan Denganku"
Bisikan II: "Suamiku, Hargailah Pendapat Isterimu"
Bisikan 12: "Suamiku, Bersedialah Mengakui Kesilapanmu"
Bisikan 13: "Suamiku, Jangan Suka Berbohong"
Bisikan 14: "Suamiku, Bijaklah Mengurus Penampilan Dirimu"
Bisikan 15: "Suamiku, Berikan Perhatian Terhadap Keluarga"
Bisikan 16: "Suamiku, Sentiasalah Bersikap Adil"
Bisikan 17: "Suamiku, Laksanakan Tanggungjawab Kebapaan Secara Optimum"
.
BAHAGIAN 3: BISIKAN DAN HARAPAN HATI ISTERI
Bisikan 18: "Suamiku, Bekerjasamalah dalam Menguruskan Rumah Tangga dan Mendidik Anak-anak"
Bisikan 19: "Suamiku, Pertingkatkan Pengetahuan Agamamu"
Bisikan 20: "Suamiku, Uruskan Masamu dengan Baik"
Bisikan 21: "Suamiku, Fahamilah Tanggungjawabmu yang Sebenar"
Bisikan 22: "Suamiku, Jangan Terlalu Leka dengan Kerjayamu"
Bisikan 23: "Suamiku, Buangkan Sikap Pemabukmu"
Bisikan 24: "Suamiku, Hentikan Tabiat Merokokmu"
Bisikan 25: "Suamiku, Jangan Terlalu Boros"
Bisikan 26: "Suamiku, Janganlah Terlalu Ego"
Bisikan 27: "Suamiku, Pimpinlah Keluargamu dengan Penuh Kaliber"
Bisikan 28: "Suamiku, Majukan Diri dalam Bidang Kerjayamu"
Bisikan 29: "Suamiku, Fahamilah Tahap-tahap Perubahan dalam Perkahwinan"
Bisikan 30: "Suamiku, Jadilah Contoh kepada Keluargamu"
Sekarang teringin utk memiliki buku ini pula...

Abang nak belikan tak? ;)

5 comments:

'Atiqah said...

salam. tkah ada buku last tu =p heheheheh. best!

Unknown said...

yeke? berbaloi x baca? hehe

aindbest said...

batul : akk da ade buku "luahan suami" tu..then yg part isteri nye akk hadih kn kt abg ady..hihihi..
=)

Unknown said...

hihi adakah abg ady baca????!!! [cuba bersangka baik] mungkin dia buat peneman bila masuk hutan hihi

aindbest said...

em, tu jugak yg akk pk..tp u noe wt?..
dia da abis bace sbnrnyer..siap share kt akk lg ape yg dia bace..hahaha..padahal akk nye part x abis pn lg..last2 akk suro dia abiskn then cite kt akk je..haha..

~isteri solehah mmg akn sentiase menambah kn ilmu suami nye..~ =)