Followers

Thursday

8th March 2012

Hari ini hari ulangtahun kakak dan hafidz. Hari bahagia mereka. Alhamdulillah :) Moga terus-terusan bercinta sehingga ke syurga. Hari bahagia kami 3 bulan lagi insyaAllah :)

Hari ini aku menangis lagi. menangis saat ameer Faheem memecahkan botol kicap yang baru, pantas isinya mengotori lantai yang baru sahaja di mop nenek. Aku cuba bersabar. terus membasuh tangannya dan meletakkan didalam baby cot seraya menutup pintu bilik rapat. Dalam usia Ameer Faheem hampir mencecah 1 tahun 2 bulan, tak pernah seingatnya, hatta sekali aku mengasari secara fizikal. Masih mampu untuk bertahan. Satu usaha yang payah, yang mungkin hanya dapat difahami bagi mereka yang kenal benar dengan Ameer Faheem kami.. Hati seorang ibu, kasih terhadap anak bahkan lebih luas dari lautan, terkenang pada lirik nasyid Permata Ayah Bonda yang baru sahaja aku nyanyikan kepada Ameer Faheem pagi ini...

Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
kembali menghuni di tamannya..
Bersamalah semula
Menghirup embunan kash sayang
Sedingin air mata bonda..

Aku tinggalkan kicap yang berkolam di lantai dapur, membawa hati yang sedikit terluka, melayani duka sendirian, lalu cuba merawatnya dengan mengadukan kepada abang...
Aku baca kembali sms terakhir abang sebelum ditelan perut kapal terbang tempoh hari... "Faheem amanah kita, tarbiyah beliau dengan sebaiknya"

Tanya abang, "Kenapa menangis?"
Jawab aku, "sebab ayang tak tahu mana silapnya, Ameer Faheem nakal." Sememangnya itu yang aku rasa... aku terasa seperti org kehilangan panduan, sudah buntu bagaimana untuk mentarbiyah anak nan seorang. Amanah yang satu.

Aku ingin sahaja mendail nombor mak, mengadukan kepadanya. mengambil hikmah darinya. Kerana Ameer Faheem persis abang sewaktu kecil..

Saat ini teringt juga kata2 Prof Muhaya.. "Ibu muda sekarang suka sangat melabel anak hyperactive bla...bla...bla..." Aku jadi sangsi dengan diri sendiri. Kata Prof ada benarnya, namun kata Ummi yang anak sudah lima, adalah kata orang2 tua yang kaya dengan pengalaman. Kata Ummi, Ameer Faheem baginya, lebih hyper dari anak2 lain. Bagi aku hyperactive bukanlah satu diagnosa yang menjengkelkan, tapi satu titik permulaan kepada ibu bapanya agar mencari cara istimewa untuk mendewasakan anak yang berkelebihan ini.

Ameer Faheem kaya dengan Energy, yang boleh disalurkan ke tempat yang sepatutnya.

Itu janji aku pada diri dan pada abang. Berkali2 abang tanya benarkah aku ingin pulang dahulu, nanti bersendirian mengendalikan Ameer Faheem. Aku bertegas. Aku ingin lekas pulang, agar abang punya ruang untuk tumpukan pada study. Dan aku ingin lekas pulang demi mencari peluang untuk Ameer Faheem belajar mengendalikan inner-self nya.

Usaha bukan sedikit. Keazaman bukan secebis. meski aku terusan menangis, itu bukan kekesalan. tetapi mencari kekuatan. Ameer Faheem amanah kami. Ameer Faheem adalah kebahagiaan kami. Ya Allah tunjukkan aku jalan untuk mendidik jiwa suci ini...

Sedang menyelami dan mengambil mutiara2 hikmah dari ustazahsitikhadijah.blogspot.com

3 comments:

aindbest said...

batul:
ameer faheem mcm adik2 akk time kecik..(ade sorang yg sngt hyperactive)..
jd akk bole fhm perasaan batul..
mgkn tidak smpai perasaan seorang ibu lg..tp perasaan seorang kakak pn sudah ckup wt kakak2 terduge..
dulu kami sume slalu je mara kt adik yg sorang ni..kalo g memane, pntang lepa..sure dia ilang..
tp ibu slalu pesan "itu adik kamu..jgn d mara kalo dia nk wt ape..nnt besa sket cerdik la"..

akk mgkn xde pengalaman sbg ibu lg..tp mengikut cerita ibu akk..majoriti anak boy dia sume hyperactive..even yg gurlz pn..mgkn akk je yg sopan..(haha..perasan jap)..
ape yg ibu akk wt...BERSABA..

~~kesimpulan nye..ameer faheem sedang explore dunia yg bg dia sngt luas dan x puas nk wt sume bnde..lelame dia akn matang dan cerdik sndiri..
~~em, rindu plak kt dia..adekah dia masih akn nangis bile nmpak akk or bile d dukung akk?..haha..

Unknown said...

mcm tau je sape yg asek kena marah tu hihihi. tulah memang kena BERSABAR SANGAT (sejuta kali). itulah akak buat baik seribu kali pun org lupa, wat kejahatan sekali org ingt selamanya ngeh3x. tataula dia takut ngn akak lagi ke x hihi, tp boleh la buat sesi percubaan dirumah meme ;p

aindbest said...

this i'll make sure faheem akn senyum ngn akk..definitely..!!..haha..
~ke nnt akk yg nangis kene buli ngn dia..