Followers

Sunday

Khabar anakanda

Baru start masuk air.. lesu.. dan kurus


Sekejap nak daddy dukung, sekejap nak mummy...haihh budak tak sihat banyak karenah.. ;p

sejurus sebelum pulang.. Faheem lebih ceria! Kami nak try timbang dia dlm bilik Dr. Daddy letak pemberat kat 10kg, tgk tgn Faheem tu.. dia ubah ke 7 kg!
Faheem jadi excited pulak main penimbang tu, henjut kedepan ke belakang. Last2 mummy suruh turn cepat takut rosak huuu. Bila budak besar guna penimbang baby...

4 hari lagi sebelum ulangtahunnya yang pertama. Tapi Faheem sudah masuk hari kelima tidak sihat. Hari ini tidak ke sekolah lagi. Andai dibilang dengan jari hari dia ke sekolah, tidak habis 10 jari ini untuk mengira huuu.

Bermula dengan muntah. "Ameer maridh" kata pak cik bas sambil tunjuk ke arah perut Faheem. Dia pulang dari hadhanah rabu lepas. Kebetulan abang baru sampai dari kelas, terus bertanyakan keadaan dia lebih lanjut. Kami rasa badannya agak panas. Bekalannya ke hadhanah (carrot cake, a packet of biscuit and macaroni ) langsung tidak dijamah. Tapi dia masih aktif seperti biasa. Dia juga cirit birit. Mungkin keracunan makanan. Keesokannya dia masih cirit birit dan muntah, kami teruskan beri makanan dan minuman seperti biasa. Selera berkurang. Hari Jumaat, cirit birit dan muntah semakin teruk. Sehinggakan habis selimut dan cadar dalam almari, lepas satu, satu kami ganti. Setiap tidak lebih 2 jam, dia akan menangis dan bila dijenguk, rupanya dia muntah atau cirit birit sehingga kotor habis cadarnya. Baju mummy juga selepas satu, satu dicampak ke dalam laundry. Manakan tidak, Faheem nak tidur berpangku, dan kemudian muntah atau berak atas pakaian mummy huuu.

Malam itu aku mula risau. Dia kelihatan sangat sangat haus. Bila diberikan susu, Faheem minum dengan sangat gelojoh. Tapi belum lama, dia campakkan botol susu. Loya. memang dia loya. Dia tidak henti2 merengek sambil menjolok tekaknya dalam2. Berpusing ke sana sini. Sekejap menonggeng, sekejap memanjat kami. Kesian. Tapi ada juga saat kami tergelak melihat dia seperti org mengandung yang mabuk huuu. Sebaik sahaja muntah, dia terus melelapkan mata. lega barangkali, sebelum loya lagi . Begitulah kitaran sepanjang malam.

Untuk pertama kali, semenjak umurnya 4 bulan, Faheem tidur sekatil dengan kami. Tak sampai hati membiarkan dia keseorangan. Memang spanjang malm kami tidak tido. Aku sapu minyak telon di perut dan belakang Faheem, memberikan kelegaan sementara. Aku tepuk2 belakangnya sehingga tertidur... tapi bila mummy tertidur, Faheem bangun merengek. Aihh celik mata mummy semula dan sambung menepuk..sehinggalah subuh.

Sabtu. Dia kelihatan tidak bermaya. Sepanjang hari hanya 5 0z susu dihabiskan. Waktu lain dihabiskan dengan tidur. Tidak mahu makan, minum mahupun bermain. Selepas maghrib, aku lihat dia begitu lemah. Enggan bangun tidur. Tidak minum dan makan selepas sebotol susu subuh tadi. Tapi muntah dan cirit birit masih berterusan. Kali ini menangis pun tidak. Dia berdiam diri sahaja. Aku yang begitu risau terus mengajak abang ke hospital.

Moderate dehydration, kata doktor. memang dijangka. Mulalah episod 'termenung' mummy dan daddy tunggu air habis dimasukkan ke dalam tubuh faheem. sekali di wad kecemasan, dan sekali di wad atas. Disebabkan bosan, kami pun bergambar2 la hehe. Selepas masuk air kali kedua, Faheem nampak lebih bertenaga... macam enjin baru diisi minyak! meski sudah agak lewat malam dia terus bersemangat utk main, dan mula minum sedikit air chocolate yang kami bekalkan.

2 comments:

Farah said...

Syafakillah ya Faheem.Semoga kesakitanmu menjadi kafarah buat mummy and daddy. Cepat2 sihat boleh pergi school ok

'Atiqah said...

Syafakillah faheem. teruknya, alhamdulillah dah kembali sihat dan bertenaga =)