Followers

Tuesday

Tenang itu di mana?

Fikiran sugul entah dari mana perlu memulakan coretan, tapi hati berkeras ingin bertinta, moga dijadikan panduan kemudian hari..

Hari ini aku berdiam diri lagi, bercelaru saat abang menyatakan hasrat untuk berurusan di luar. Entah apa puncanya, aku selalu begitu. Sedih bila ditinggalkan. Sunyi meski Ameer Faheem ada untuk menemani. Begitulah pengertian abang dalam kehidupan isterinya. Abang sahabat yang terlalu istimewa sehinggakan ketiadaan abang walau untuk seketika selalu saja buatkan isterinya resah.

Kebiasaannya sebelum abang pergi, aku akan memaksa mata untuk tidur. Rutin itu juga yang diamalkan hari ini. Dan kebiasaannya sebelum abang pulang, aku akan sudah terjaga. Menangis dan menangis. Demikian juga kali ini.

Aku masih lengkap bertelekung. Seusai solat isya' tadi, terus meringkuk di depan sobah. Apabila rasa sedih meminta diri, perasaan marah mula untuk bertamu. Entah apa yang dimarahkan, entahlah tidak jelas. Simbahan hasutan syaitan membuatkan emosi meraja tanpa kenal punca. Kadang2 aku marah dengan kesibukan abang, kadang2 aku marah dengan keletihan abang dan selalunya aku marah tanpa apa2 sebab. Jelaskan syaitan itu sedang beroperasi! Abang selalu mengingatkan bahawa dia juga manusia yang ada batas kemampuannya. Dia seorng muslim yang pada dirinya ada haq agama, keluarga, sahabat, masyarakat dsb. Tapi aku juga manusia yang dilazimi sifat lupa. Aku terkadang lupa hakikat itu.

Aqal tidak pernah gagal membekalkan alasan. Untuk membenarkan segala tindakan dan emosi2 negatif. Tetapi selalu saja alpa, untuk menarik kita kembali ke pangkal syariat. Kalalulah diikutkan aqal pasti hujah untuk berantakan tidak akan kering. Namun aku suka memilih untuk berdiam.

Mungkin kita rasa haq tidak tertunai. Mungkin kita rasa luangan masa yang tidak mencukupi. Mungkin kita rasa agihan tanggungjawab yang tidak sekata. Mungkin kita rasa dia yang salah. Mungkin dan segalanya mungkin... namun apakah perdebatan tidak berkesudahan itu membuahkan ketenangan hati?

Aku cuba mencari, pengertian menjadi isteri solehah..

Unggkapan mudah: Sabar di hati, Syukur di wajah!

Indahkan hidup berTuhan dan beragama? :) Alhamdulillah

Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut. Jom buat checklist!

1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalamIsyratun Nisa no. 257.)

2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.

3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.

Asma’ bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: "Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)".

Baginda bersabda bermaksud: "Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya". (riwayat Ahmad 6/456)

4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.

5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta’ (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.

6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.

7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436

1 comment:

aindbest said...

batul: time 1st kawin ngn ady akk pn rase mcm tu..lg2 ady ni mmg 'hak milik kerajaan'..tp lelame bile slalu d tnggalkn..akk mcm da lali..da laa mmg duk asing..dulu weekend husband wife..skg nih sbln skali pn mcm ssh je..~luahan seorang akk..hahaha~~