Followers

Saturday

Bismillahirrahmanirrahim..
Moga coretan hari ini menjadi coretan yang lebih bermakna..
moga coretan hari ini menjadi coretan yang tidak diganggu emosi..
moga coretan hari ini menjadi bingkisan ilmu untuk dimanfaatkan..
moga coretan hari ini lahir dari hati yang sentiasa ingin memperbaiki..
moga coretan hari ini diiringi redhaNya..

Kalau diikutkan hati, pasti aku tidak akan meberikan diri ruang untuk menulis kali ini.. ditambah pula dengan kepayahan utk menggunakan komputer dan access internet.. sesungguhnya buku tebal Kanski Ophthalmology sentiasa mendambakan perhatian yang tidak sudah, dan nota2 komputerku sudah lama terbengkalai.. maaf kepada sahabat2 yang suka menggunakan nota2ku, rasanya inilah posting pertama aku tidak membuat nota sendiri..sedari tahun 1 dulu.. ada kekesalan yang bertamu.. dan acapkali aku terlupa akan fitrah hidup manusia sentiasa diuji..sehinggakan ujian sekecil laptop dicuri membuat aku melatah tidak sudah.. abang juga yang selalu jadi mangsa.. maaf sayang.. (aku tahu abang akan tak pernah gagal utk baca blog ni...)

Pasti ramai yang hairan, kenapa aku masih tidak mencari pengganti..pengganti Pink-chan :) Entah kenapa, hati ini masih belum mahukan pengganti, walau saban hari aku mengeluh susah..dan menyesakkan dada abang dengan keluhan2 itu.. bukan abang tidak offer utk memulangkan Lavender-kun, bukan juga abang tidak offer untuk membelikan laptop baru...tapi aku yang enggan.. mungkin masih mahu mencabar diri..sejauh mana aku mampu bertahan seandai nikmat ditarik sebegini.. seringkali terlupa nikmat adalah pinjaman, dan tidak ada satupun yang pernah menjadi milik kekal, namun aku marah ketika ianya diambil kembali oleh pemiliknya...astaghfirullah

Semalam menjadi hari yang wajar untuk diteladani..semalam adalah semalam yang aku harap tidak akan berulang.. semalam aku terasa berat diuji..semalam aku seakan berhenti untuk berharap.. berharap pada Dia yang maha memberi..

Semalam kunci kereta rosak..entah kenapa setiap kali enjin dihidup atau dimatikan, akan ada bunyi kuat dari tempat kunci pintu.. mula2 aku takut utk pandu Shika Jr, tapi setelah diselidiki, kunci pintu yang bermasalah rupanya..maka aku beranikan diri.. dan Shika Jr sudahpun terlebih 200km utk diservis..ah aku gagal untuk menjaganya.. kesibukan memang tidak memberikan aku ruang waktu menghantar Shika Jr ke pusat servis.. hanya mengharapkan untuk pulang ke KL dan servisnya disana..

Semalam aku sendirian di rumah.. masing2 sibuk dengan tugasan, tambah lagi final exam semakin menjelang..maka tidak dapat menemani aku dirumah..dan semalam aku mengadukan masalahku pada semua orang..pada Ummi Abah, pada kakak, pada abang..dan aku menangis dengan teruk dari petang sehinggalah malam..keluargaku seperti biasa tidak mengizinkan aku berseorangan di rumah..bahaya kata mereka.. aku disuruh menumpang bilik kawan di hostel atau mencari hotel.. tentulah aku lebih takut utk ke hotel.. maka aku ke UIA.. menangis lagi sehinggalah aku tertidur tanpa berbuat apa2.. matapun bengkak, sehinggakan ke saat ini masih enggan surut.. memalukan.. kasihan abang yang turut terkesan ketika aku seda sedan dalam telefon semalam.. pasti dia yg lebih susah hati kerana berasa tidak mampu untuk berbuat apa2..

Perkara yang acap ku lakukan saat emosi tidak menunjukkan tanda2 untuk reda..adalah mencari bahan bacaan. Apa-apa saja bahan bacaan yang berguna.. Dan entah kenapa semalam aku mencapai sebuah buku milik Mimi.. Mendidik dengan Cinta. Tidak ingat karya siapa.. tapi yang pasti buku itu merungkaikan tips2 mendidik anak.. barangkali kerana terlalu ramai sahabat yang menimang cahaya mata akhir2 ini, sehingga aku juga terkesan.. atau barangkali kerana abang tidak sudah2 menyatakan keinginannya untuk menimang cahaya mata.. sedangkan aku sendiri? entahlah..aku masih keliru..

Dalam buku tersebut membincangkan 3 type anak. Anak yang sgt3 berdikari (anak yang mudah), anak yg agak berdikari namun kadangkala sedikit takut2 (anak yang sederhana), dan anak yg sentiasa bergantung pada ibu bapanya, selalu menangis apabila dipaksa (anak yang sukar). Oh, apabila terus membaca, aku bukannya belajar bagaimana mendidik anak, malah refleksi kepada diri sendiri betapa aku adalah anak yang sukar dan tidak habis2 menyusahkan Ummi dan Abah! Aku akui sehingga sekarang, aku masih 'membuntuti' Ummi bila ke majlis2..dan aku slalu menangis bila dipaksa eg bila dipaksa utk beramah mesra dengan org yg kurang rapat.. yang lebih teruk.. ketika sudah berkahwin..aku bereaksi sama bila menziarahi saudara mara abang terutamanya di aidilfitri.. memang aku menangis apabila dipaksa abang untuk berjumpa ramai orang..bila disuruh menaiki kereta berasingan dari abang.. astaghfirullah. Ini memang kes ketam mengajar anaknya berjalan.. bagaimana aku dapat mendidik anak nanti jika aku sendiri masih bersikap demikian.. abang pun suka bergurau, mengatakan abang risau nanti bukan baby kita yang nangis, mummy dia yang slalu nangis :p

Membincangkan soal anak..bagiku sangat berkait rapat dengan konsep doa, usaha dan tawakkal. Teringat saat sebelum aku bernikah, satu perkara yg selalu aku luahkan pada Ummi.. aku bimbang akan menjadi miskin! Hmm jujur aku katakan, meskipun bunyinya pelik..tapi itulah kebimbangan utama yang selalu aku nyatakan pada Ummi dan Mimi! Mungkin org jarang fikirkan ttg prkara ini.. tapi menjadi isu utama padaku.. mungkin kerana aku tidak ingat bagaimana kehidupan serba kekurangan..entahlah aku tidak tahu apakah aku pernah merasainya mahupun melaluinya.. dan Ummi selalu menceritakan bagaimana susahnya kehidupan dia dan abah disaat keluarga kami baru mula berputik.. bagaimana ketika kami kecil, mereka terpaksa berjimat kerana Ummi tidak berkerja, dan bergantung harap pada gaji abah yang masih kecil diawal karier..dan abah selaku anak sulung pula, meberikan belanja pada opah, tok dan adik2nya.. bagaimana dia ketika sarat mengandungkan anak sulung, menaiki bas awam untuk membeli barang2 keperluan bayi, bagaimana enjin kereta 2nd hand mereka selalu saja meragam dan berasap dan terpaksa acapkali berhenti dalam perjalanan panjang pulang ke kampung.. aku sesungguhnya mengalirkan air mata deras apabila mendengar kisah itu.. sugguh hebat pengorbanan mereka.. tapi kata Ummi dia bahagia walaupun susah.. dia bahagia kerana dia melalui semua itu bersama abah.. dia bahagia kerana dengan segala kepayahan.. anak2nya kini hidup agak senang, berpelajaran Alhamdulillah.. dan aku disini bimbangkan hidup miskin??? Apa sangatlah kurang sedikit dari harta asalkan kaya dengan bahagia, cinta dan redhaNya?..

Dan setelah menjadi isteri.. abang banyak mengajar aku untuk berkorban..abang banyak mengajar aku untuk tabah..walaupun aku agak main tipu.. sebab abah masih tanggung keperluanku :p Ketika diawal perkahwinan, aku selalu bersembang dengan abang..merancang kehidupan bagaimana yang kami mahukan.. terkadang aku jadi malu bila berbicara dengan abang yang penuh dengan kerendahan diri dan hati..dan perkara yang sering abang nasihatkan supaya aku tidak boros.. aku jadi tersentuh bila abang katakan,
"ayang nak beli baju apa lagi? baju ayang ni penuh berapa almari ntah, baju abang satu beg ni je" (beg yang dia gunakan ketika pulang dari Jordan),
"ayang beli tilam RMxxxx, ayang tahu tak tilam abang RMxx je"
"laptop ayang kan masih elok, kenapa nak beli laptop baru? abang takde laptop pun, ok je.."
"berapa byk handphone yg ayg ada ni? ayang tahu tak, handphone abang ni abang beli dari kawan abang, abg guna sampai sekarang walaupun dah xbrapa elok"
dan banyaaaaaaakkk sgt lgi... sesungguhnya pasti hisabku terlalu lama diakhirat nanti untuk dipertanggungjawabkan dengan segala perkara yg aku miliki...

dan kini bila berbicara tentang anak..meski aku yg slalu geram tgk baby... tp aku sndiri yang enggan berhenti utk merancang.. sehingga abang kadangkala letih... aku mungkin terlalu kaya dengan alasan.. aku taknak mengandung skarang sebab nanti abang takde waktu bersalin.. taknak bersalin waktu aku tangguhkan housemanship sebab nanti mahal nak bersalin di Jordan..taknak mngandung and dapat baby waktu houseman sebab nanti letih and baby tak dapat perhatian... akhirnya bila lagi?? anak pertama dikala umur 30 tahun? anak kedua umur berapa pula??

dan akhirnya aku kembali berlari seperti anak kecil mengadu pada Ummi.. Tapi Aku menangis, mengatakan aku tidak mahu bersalin tanpa abang disisi.. Cemburu barangkali melihat kakak, yang disaat dia sarat mengandung, masanya banyak dihabiskan dirumah, Cemburu bila setiap kali membuat rawatan susualn kandungan, suaminya akan mengambil cuti dan menemani ke klinik.. sedangkan kehidupan aku selalu memaksa untuk terus berdikari dan bersendiri.. sehinggalah ketika bekerja nanti.. Tapi jawapan Ummi memang tidak ku sangka, "Kamu asyik fikir banyak sgt sampai takde penyelesaian, susahlah. Berkorbanlah sikit, apa salahnya utk kebaikan family juga". Aku jadi terkedu.. sekali lagi aku miskin dalam tawakkal.. Aku seakan kurang mengimani Maha Pemurahnya dia.. yang pasti tidak akan membiarkan hamba-hambaNya begitu sahaja.. kemana perginya cita2 perjuangan, sedangkan aku terlalu mengejar dunia.. astaghfirullah.

Dan hari ini aku membaca karya Ust Pahrol..tentang bagaimana untuk bahagia sepanjang perkahwinan.. begitu membuatkan aku teringat soalan yang sering aku ajukan pada abang, "Abang kita bahagia ke? Abang suami isteri lain macamana ye?" Dan jawapan yang abang beri, "Abang tak tahu pasangan lain mcmne, tapi yang abang pasti abang bahagia". Aku hanya mengangguk. Dalam buku itu ketumakan mutiara.. bahagia itu bukan pada org yg tidak mahu beranak ramai kerana takut shape lari (pedasnya, alasan yang sering aku berikan pada abang untuk memiliki anak maksimum 2 org huuu, sedangkan abang mengimpikan anak 7 orang!!!!), tapi dalam sama2 membesarkan anak 12 orang. Romantik itu bukan dalam candlelight dinner, tp ketika sama2 menikmati ikan gulai tempoyak dalam satu pinggan.. hatta ketika cucu sudah satu lori ramainya...

untuk itu, abang, maafkan ayang pada kurangnya pengorbanan... terima kasih utk sms peringatan dari abang...

If ayang inginkan seorang suami yang sempurna, suami ayang bukanlah orang yang selayaknya
if ayang idamkan suami yang perfect, suami ayang bukan pilihan yang tepat
TAPI
if ayang sanggup bersusah dan bersabar untuk secebis bahagia
Abang orang pertama yang bersedia!

mungkin sudah terlalu panjang aku mencoret.. yang pasti aku mengharapkan disaat aku terleka nanti, kiranyana dapat ku tatap kembali bingkisan penuh keinsafan dan mengingatkan kembali..bahawa aku masih terlalu jauh untuk menjadi seorang Mujahidah.. aku masih terlalu jauh untuk menjadi seorang isteri solehah.. permisi dulu utk kuteruskan muhasabah dan berubah... doakan......

6 comments:

~fam~ said...

semoga kak maryam bahagia dan gembira di dunia dan akhirat...

Ummu Iffah said...

Semoga akak tenang selalu..
SEmua insan bersalah...
Namun, yang terbaik adalah yang mnyedarinya dan kembali padaNya...

Akak sangat jujur dan luhur..
Moga setabah Maryam ibu Nabi Isa..
Tak pernah punya bapa untuk bayinya...

Senyum tau..comeeyyy..

Unknown said...

LOve ur blog at the firts visit! its me edzati, classmate hira' dulu..feel so happy to read abt ur feeling (not that i'm happy on ur sadness) but i feel like i'm reading one of my conflict once upon a time ago.. being a married student, truly a challenge, yet a challenge that serves as tarbiyyah to us, for us to grow and know ourselves better. i like ur reflection on the book, think i'm the third type jugak.. hehehehe.. ok, tke care dear, izinkan saya baca luahan awk ye.. bye.. assalamualaikum..

Unknown said...

hehe edzati i used to read ur blog..tp awak pun tak update eh :) nice to hear from u again!

Sharifah - Kawan Huda Marzuki said...

Assalamualaikum Kak Maryam.. selama ni asyik dengar Huda cerita tentang akak dan Atiq.. hr ni stretly dengar (eh baca) dr blog akak sendiri..

Saya suka post akak yg ni. :)

adele said...

salam...

tersentuhnya..

even x kawin lg..

sshnya menjadi isteri solehah..

byk penuhi permintaan sndiri dr permintaan suami.. =(