Followers

Wednesday

Aku mengaku kalah?

Baru sahaja selesai sunat Dhuha, aku termenung lagi.. Seingatku sepanjang revision week di rumah, aku lebih banyak termenung berbanding revising my textbooks. wo pu you fu xi ke wen..

Bukan aku tidak berusaha, namun aku sudah sungguh-sungguh berusaha untuk membaca tiap bait kata-kata yang tertera dalam Kumar & Clark, and I tried (and am trying) my best to finish answering the MCQs.. tapi fikiran mudah saja melayang memikirkan benda lain. Apa yang aku fikirkan?? Entahlah aku pun tak pasti.. Dan rasanya buat pertama kali SEUMUR HIDUPKU, aku expect untuk fail the examination this time around.. astaghfirullah tak pernah sebelum ni aku sangat pesimistik begini. Seriously it would be such a great wonder if I pass..

Entah kenapa hati langsung tidak tenang sejak akhir-akhir ni, despite all the things that I have done to put it at ease.. Aku tenang seketika saat membaca kalamNya, aku terbuai seketika saat menghadapkan wajah kepadaNya, aku terpana seketika saat di atas sejadah mengadu kepadaNya, aku terlupa seketika saat tenggelam dalam lena.. tapi kemudian gundah semula. Kegundahan dan kerunsingan yang tak mampu ku kawal.. Ahh sang hati kenapa begini?...

Aku termenung memikirkan apa yang sebenarnya aku inginkan dalam hidup ini. Aku menangis bila ku fikirkan penyesalan yang sekian lama terbeban di pundak, menyesakkan dada bagai mendaki ke tempat yang tinggi. Sehingga kini aku sudah tidak mampu berhelah lagi bahawa sememangnya aku menyesali jalan yang kupilih kini. Medicne- a choice that i made based on my impulsive teenage mind.. tapi itu keputusan yang sudah terlalu lampau, tapi aku dibebani sehingga kini, sehingga mungkin 10 tahun akan datang?

Tapi mengapa sehingga sekarang aku masih berhelah bahawa aku tenang dan gembira dengannya? Sebab harapan abah agar aku menjadi seorang doktor? Atau kerana kegembiraan ummi menjadikan aku tempat mengajukan pertanyaan berkaitan kesihatan? Atau kerana ahli keluarga yang bangga denganku mengambil jurusan perubatan? Barangkali halangan rakan-rakan yang memaksa aku untuk terus melangkah? Atau kesedihan masyarakat sekeliling yang tak mampu kuhadapi seandainya aku memilih jalan selain ini? Atau yang utama, kekecewaan zauj ku nanti andai aku tekad untuk berpaling dari medan perubatan? Entahlah.. dan semuanya semakin menyesakkan dadaku.. namun yang ku pasti bagai tiada ruang lagi untuk aku bernafas di sini...

Menjadi seorang doktor memang suatu tugas yang sangat mulia, sebab doctors deal directly dengan hal peribadi dan masalah kesihatan pesakit.. menjadi seorang pelajar perubatan clinical years cukup memberikan aku pengalaman itu.. 
pekerjaan doktor bukanlah satu pekerjaan glamor, perlu berurusan dengan perkara menjijikkan, 
bukan sekali dua aku sendiri terpaksa melihat kahak pesakit, rasa loya bila terpaksa 
memeriksa bahagian bernanah dan berbau busuk, sehingga kadangkala ada yang berulat. 
Pesakit pula ramai yang datang dari kelas sosioekonomi rendah, sehinggakan aku terpaksa 
menahan bau badan mereka yang berhari-hari tidak mandi. Dan seorang doktor menjadi tempat mereka meluahkan masalah ekonomi keluarga, masalah rumah tangga dan segala macam masalah mereka dalam kehidupan. Namun sebetulnya semua itu tidak pernah melunturkan semangat aku, 
tidak pernah menjijikkan aku. Semua itu pasti dikira sebagai ibadah yang besar 
ganjarannya disisi Allah. Barangkali terlalu mulia sehingga aku tidak layak memikulnya?? Bukan semua itu yang melunturkan semangatku, cumanya aku tidak temukan ketenangan hati dalam profesion kedoktoran.. Semuanya semudah profesion itu tidak sesuai dengan jiwaku barangkali.. Dan aku tidak temukan kegembiraan dalam kehidupan begitu.. aku pun tidak pasti..

Asifah kepada semua yang ku kecewakan... namun cubalah untuk mengerti..
Namun tika dan waktu ini, aku ingin lari.. lari jauh dari semua yang kukecewakan.. lari jauh dari melihat kedukaan yang terlukis dalam mata insan insan yang sangat kucintai... kerana hati ini tidak sanggup ditikam dan dihiris dengan kedukaan itu.. lari jauh dari membebani orang2 sekeliling..  aku ingin padam segala memori tentang aku dan perubatan.. aku inginkan kehidupan yang tenang dan sederhana..

3 comments:

Miss Azra said...

maryam..
nape ni..
sedih plak jtl bc..
insyaAllah ape yg kte pilih ni btol..
n 1 more thing, IM mmg byk bnda kne bc..
dats y kte pk mcm tu kot..
sbr ek..
doakan kejayaan bersama..ameen :)

Unknown said...

ameen :) perjuangan masih perlu diteruskan kan? :)

Anonymous said...

rilex maryam..
byk sabar..
macam jetul kata..
doakan kejayaan bersama..