hmm bila baca balik whatever i have written this morning, aku tersenyum. sungguh seorang wanita tu memang terlalu mudah mengikut emosi :) tapi aku tidak pernah menipu diriku sendiri apabila dengan jujur mengakui, i always regret doing medicine. sebabnya? medicine yang membuatkan aku jauh dari keluarga. dan medicine juga yang akan membuatku jauh dari suami dan anak-anakku nanti.
tapi Alhamdulillah hati dah sedikit tenang setelah berbicara dengan ummi tadi, meskipun empangan air mata terus mengugut untuk bila bila masa saja pecah. dan hati semakin tunduk untuk terus menatap Kumar & Clark..
bila difikirkan sedari tadi, pasti dan pasti dan teramat pasti ada maksud yang tersembunyi kenapa aku ditaqdirkan untuk berada dalam medic, untuk menelan keperitan tidak dapat melayari hari hari
bersama keluarga, terpaksa tinggal di hostel yang jauh dari rumah, terpaksa mengorbankan
banyak masa untuk ke hospital, terpaksa dan terpaksa...
ummi kata cuba fikir ada ramai lagi orang lain yang dapat nasib yang lebih malang.. aku menjawab tapi mereka tidak depressed seperti aku, ummi kata mereka sedih tapi disembunyikan, aku kata memang semua orang sedih tetapi aku pathologically tertekan..
tapi kenapa Allah taqdirkan aku jadi depressed? supaya aku sentiasa ingat kepada Dia.. kenapa aku selalu je menyesal? supaya setiap kali aku menyesal, aku akan kembali mengadu kepada Dia.. kenapa aku selalu saja rasa letih dengan kehidupan ni? supaya aku sentiasa ingat bahawa kehidupan ini sementara sahaja dan rehat yang sebenar nanti di syurga. kenapa aku selalu sahaja kecewa? supaya aku tidak terbuai dengan kenikmatan dunia. kenapa hidupku diatur sebegini rupa? supaya aku menjadi seorang yang lebih kuat berusaha..
ya, aku selalu saja terlupa, bahawa kerehatan yang sebenar bukan di sini, tapi di negeri abadi..
dan akan ku kutip sisa kekuatan menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah.. moga setiap langkahku diiringi cinta dan redhaNya.. :)
Wednesday
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment