Followers

Monday

Abang, minta maaf..

Bismillahirrahmanirrahim,

Skrg waktu Malaysia 3:18 am, 26 Oct 2006.. Menandakan final exam yang akan bermula dalam bbrp jam sahaja lagi.. Dan pagi ini rindu kepada satu satunya cintaku yang jauh di perantauan begitu menguasai diri. Selalunya di waktu begini, YM statusnya online, tp tidak malam ini. Dia sibuk barangkali.

Kerinduan untuk pulang menjalani kehidupan hari-hari bersama Ummi dan ahli keluarga yang lain tidak kalah untuk membuatkan hati gundah. Ahh tak sabarnya untuk pulang.. Namun bila sahaja isu pulang ke rumah timbul, fikiran kembali teringat offline message dari abang yang aku terima tadi,

Muhammad al-A'thiq bin Marzuki Al-Athiq (10/25/2009 11:03:49 PM): Salam.... Abg xkesah je ayang nak balik kul brapa pun, yg penting berteman. Ajak laa azi or wani or sape2 temankan..

Sudah puas dipujuk semenjak seminggu yang lalu supaya ku dibenarkan pulang sendiri. Mana tidaknya, exam habis jam 5 petang.. pasti ramai yang sudah keletihan dan ingin pulang ke kampung masing2 keesokan harinya sahaja. Beg untuk dibawa pulang pun sudah disiapkan 2 minggu yang lalu, mebuktikan betapa tidak sabarnya...

Di kala offline message tu diterima, hati sedikit terusik.. kerana merasakan apakah aku terlalu berlebihan dalam memujuk abang, sehingga abang kelihatan agak letih melayan karenahku yang kurang bijaknya.. Abang memang memiliki sifat tolak ansur yang tinggi, namun dalam persoalan keselamatan, dia langsun tidak berkompromi.. dan aku seperti biasa degil dengan pendirian yang tidak berasas huu

Bukankah Allah ciptakan wanita itu penuh dengan tipu helah. Dalam ayat Quran disebutkan "Kaidahunna azhim". Tipu daya mereka (wanita) sangat besar!! Satu cara tidak berjaya, dia akan menggunakan taktik lain pula untuk mencapai sesuatu tujuan. Dan aku? Tidak pernah lelah dan jemu memikirkan taktik terbaru untuk memujuk abang.. SIASAH! Siasah adalah politik, dan politik adalah strategi :D Sehingga kadang2 apabila aku sudah buntu dan kekeringan idea, aku menangis kekecewaan. Tidak disangka air mata itu juga yang akhirnya melembutkan hati abang hehe (ini kes sekali sekala je ok)

Saat ini memori membawa aku ke suatu peristiwa yang cukup memberi pengajaran.. ketika aku di Kedah tak lama dahulu. Perkahwinan mana yang tidak dihiasi dengan salah faham, benar kan? Begitu juga aku dan Abang, tapi kami tidak menyesali perkara tersebut. Kerana dengan pergaduhan itu, kita akan lebih mengenali peribadi dan keperluan masing-masing dan lebih membarakan perasaan cinta insyaAllah.

Malam itu telah sangat larut dan kami baru pulang dari beraya. Aku kurang biasa beraya sakan, kerana kami (my family) biasa beraya dirumah sendiri sahaja- A very quiet raya :) , maka ketika itu aku sangat keletihan. Dan aku kadangkala sangat2 rindu dengan cara kehidupan biasa sejak aku dilahirkan. Rindu kepada Ummi dan Abah, dan adik beradik. Bila letih menguasai, salah faham menjadi pasangan.

Kisah tu memang panjang, tapi dipendekkan la.. akhirnya abang bawa aku berjalan naik kereta. We weren't talking to each other at that time (abang selalu buat something yang buatkan aku rasa insaf huu. Asifah habibi sebab suka susahkan nta..) dan aku pun tak tahu abang nak bawa g mana. Tp yg pasti waktu tu keluar dlm keadaan yang sangat tak dirancang (It was past 12am), aku keluar pakai kain batik je haha (tak pernah seumur hidup g bandar pakai kain batik je. Tapi duduk dalam kereta je la). Abang pulak buatkan a mug of air kegemaran aku- iced chocolate drink. Waktu dia datang kat kereta, dia serahkan mug tu without saying anything, dan sepanjang perjalanan i held the mug loyally, tak pasti apa yg patut dibuat dengan air tu.. Bila ada bump je, air pun berkocak dan tumpah2 atas pakaian, sejuk dan melekit (air manis kan) huu. Akhirnya abang bawa g masjid Bukhary (org Alor Setar tahula tempat ni kan :p). Abang tinggalkan aku dalam kereta, dan dia keluar untuk solat di masjid tersebut. Aku pun terpinga-pinga la dalam kereta. Entah bagaimana, Allah ilhamkan supaya aku belek buku tentang suami isteri (I can't remember the exact topic, I'll try to write about it later). Buku tu abang hadiahkan dulu, memang aku letak dalam kereta sebab bila sahaja abang tgh memandu, aku akan bacakan buku tu dan kami sama-sama muhasabah. Perancangan Allah, automatik aku terbuka satu page dlm buku tu.. dan terus terbaca apa yang tertulis di situ...

Nak tahu apa isinya?...

~ PESAN UMAMAH AL-HARITH ~

" Wahai puteriku!Sesungguhnya jika nasihat ini kutinggalkan kerana keutamaan adab,tentu ia akan kutinggalkan hanya bagimu sahaja.Tetapi ini adalah pertolongan bagi orang yang lalai dan pertolongan bagi orang yang berakal.Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana kekayaan orang tuanya dan kerana kecintaan kedua orang tuanya kepada dirinya ,maka akulah orang yang paling tidak memerlukan suami. Tetapi wanita itu diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk wanita.Wahai puteriku!Engkau akan berpisah dengan rumah yang pernah bersatu denganmu dan meninggalkan tempat yang pernah membesarkanmu,menuju ke tempat yang belum engkau kenali dan pendamping yang yang belum pernah dekat denganmu. Dengan kekuasaannya dia akan menjadi pengawas dirimu dan orang yang menguasaimu.Maka jadilah diri sebagai abdinya nescaya dia akan menjadi hamba yang patuh bagimu.

Jagalah sepuluh perkara nescaya akan menjadi simpanan bagimu iaitu :

Pertama dan kedua ~ Tunduk kepadanya dengan penuh kerelaan,mendengar dan taat kepadanya dengan cara yang baik.

Ketiga dan keempat~ Memerhatikan sasaran mata dan hidungnya. Jangan sampai matanya melihat sesuatu yang buruk pada dirimu dan janganlah sampai dia mencium bau yang kurang enak dari dirimu.

Kelima dan keenam ~ Memerhatikan waktu tidur dan makannya kerana rasa lapar itu boleh membara dan rasa mengantuk itu boleh membakar sifat amarah.

Ketujuh dan kelapan ~ Menjaga hartanya,mengambil berat kerabat dan saudara-saudaranya. Kemampuan menjaga harta adalah mengukurnya dengan cara yang baik dan kemampuan menjaga saudara adalah dengan mengurus dengan cara yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh ~ Janganlah ingkar perintahnya dan jangan membocorkan rahsianya. Sebab jika engkau ingkar perintahnya beerti engkau telah membakar dadanya dan jika engkau membocorkan rahsianya engkau tidak akan aman dari pengkhianatannya.Kemudian janganlah engkau menunjukkan kegembiraan di hadapannya ketika ia bersedih dan sebaliknya janganlah engkau menunjukkan kesedihan kepadanya jika dia dalam keadaan gembira.

Bila sahaja selesai membaca, memang air mata jatuh berderai dan bercucuran mengenangkan betapa sabarnya abang mendidikku untuk menjadi isteri solehah. Sesungguhnya aku masih jauh dari menjadi bidadarinya. Langsung tidak sabar menanti abang selesaikan solat. Sebaik dia masuk ke dalam kereta, aku terus mencium tangannya, meminta maaf dan menangis sepuas2nya dalam pelukan abang.. sungguh kadang2 aku terlalu terbawa2 dengan dunia, sehingga terlupa bahawa tiket untukku ke syurga ada padanya..

Asifah abang, sebab kadang2 terlalu dikuasai emosi sehingga terlupa mengutamakan dan meraikan pandangan dan perasaan Abang.. Minta maaf.. (tak sempat nak minta maaf dari abang sebelum exam huu, tp abang mesti doakan juga kan :p hehe)

1 comment:

Yin Areesa said...

Assalamualaikum
Adat hidup suami isteri pasti ada rencah manis dan pahitnya, batu terarah kehidupan. Rajuk, marah, sedih adalah mutiara-mutiara indah dalam kamus baiti jannati.

Isteri itu memang lemah sekali dalam emosi. Sebab itu suami gagah dalam emosi, biarpun kadangkala rajuk kita tiada berpujuk, hanya marah itu pengumpan sengketa.

Apapun, saat kita sedih, sudi-sudikan untuk mengenang keindahan masa kita bersama suami. InsyaAllah pasti lenyap kesedihan itu.

Salam manis,
UmmuSofea