Sekarang jam 5 pagi waktu Malaysia. Waktu yang sangat sesuai untuk bertahajjud dan bermunajat. Waktu yang juga paling syahdu. As for me in my daily routine, inilah waktu paling aku terkenangkan zauj yang jauh di mata. Dan kenangan itu sentiasa membuatkan aku rindu pada insan yang sewajarnya ku berikan sepenuh ketaatan dan penghormatan.
Pada waktu ini juga aku selalu mengemis simpati Tuhan agar sentiasa bekalkan aku kekuatan untuk menghadapi hari yang panjang. Moga permulaan yang baik membawa keberkatan berpanjangan dalam kehidupan hari-hari. Pada waktu ini juga aku tidak malu merayu, agar Dia memudahkan segala urusan abang, agar Dia hadiahkan kekuatan jiwa kepada abang untuk teruskan perjuangan jauh dari insan2 yang dia cintai.
Pada waktu ini juga aku sering bermuhasabah, benarkah pilihan dan tindakan kami untuk berkahwin dan hidup berjauhan. Bukan sedikit yang hairan apabila mengetahui suamiku merantau jauh ke bumi Anbiya Jordan. Bukan sedikit yang bertanya bagaimana aku dapat berjauhan dengan dia. Bukan sedikit juga yang menasihatkan aku supaya jangan kerap menangis (ini memang pelik, sebab aku jarang sekali menangisi perpisahan aku dengan abang. Mungkin sebab shbt2 sedia maklum aku ni cry-baby kot huu) Bukan tidak sedih, bukan tidak rindu. Tetapi aku terlalu mengerti bahawa perpisahan ini insyaAllah tidak sia-sia, insyaAllah sementara, insyaAllah yang terbaik untuk kami dalam sela waktu ini, insyaAllah perpisahan yang ditaqdirkan dan diredhaiNya.. Dan kerana itu aku mendidik jiwa agar kuat untuk terus melangkah walaupun abang tidak ada disisi untuk memegang tanganku dan mengetuai permusafiran.
Ketika aku mengambil keputusan untuk bernikah dahulu, aku sudahpun bertemu dengan ramai orang yang melalui pengalaman sama. Bertanyakan bagaimana keadaan dan perasaan mereka saat berjauhan dari suami, bertanyakan bagaimana prestasi pelajaran dan kualiti hidup, pendek kata sudah terlalu acap aku bertanyakan perkara ini. Dan akhirnya aku nekad juga dengan keputusan untuk bernikah walaupun hati kadang2 masih ragu-ragu untuk mengambil risiko. Bak kata orang, belum cuba belum tau. Belum test, belum tau power :p
Abang pun suatu waktu dahulu kadangkala goyah untuk mara setapak membuat keputusan yang sangat besar dalam kehidupannya yakni menerima amanah sebagai suami. Aku akui, tanggungjawab suami jauh lebih besar dan berat dari isteri. Kalaulah ada yang berkata kepadaku, Islam itu menindas wanita, maku aku akan berkata betapa dangkalnya fahamanmu kerana Islam mengangkat martabat wanita seperti seorang permaisuri dalam sesebuah rumahtangga!! Dan sememangnya aku merasakan perkara itu Alhamdulillah :) Jazakallah abang untuk layanan istimewa!
Tapi dalam hati berbolak balik, kami terus juga berusaha untuk berkahwin. Kesusahan untuk mendapat keizinan berkahwin dan keredhaan ibu bapa (it was very hard indeed!!) memang banyak mengajar kami menjadi matang, dan menthabatkan hati. Tempoh lebih 2 tahun kami membuat rayuan ke pejabat PAMA di Shah Alam dan Alor Setar akhirnya membuahkan hasil hehe. Kalau ditakung air mata yang ditumpahkan dlm tempoh itu, tentunya lebih sebaldi! Allah lebih mengetahui apa yang terbaik.
Selepas berkahwin, kami bertarung pula dengan isu perpisahan dan hidup berjauhan. Pastinya isu berat untuk suami isteri (in my case, pasti bertambah berat sebab aku ada homesickness yang teruk. I think that was the main reason my parents were reluctant to allow me to get married and stay far apart from my husband huu. Waktu tu aku memang dasar tak sedar diri kot huu) Tapi disebabkan perkara ini telah kami sepakati sebelum berkahwin, Alhamdulillah hati tidaklah terlalu memberontak tiap kali kami terpisah jauh.
Perbezaan waktu antara aku dan abang 5 jam. Aku baru bangun qiam, abang baru tidur. Sometimes I receive his offline messages 2 to 3 minutes sebelum aku online. Aku dah nak pergi kelas, abang baru nak qiam. Aku baru nak lunch, abang baru sampai universiti. Aku balik kepenatan waktu petang, abang tgh sibuk di hospital. Aku baru nak keluar g meeting, ceramah etc around jam 8 malam, abang baru nak balik. usually abang balik around 10pm waktu malaysia. Aku baru balik bilik sometimes around 12am, abg bersiap nak g masjid n solat and lepastu dia ada program. If aku ada kat bilik malam tu, usually ada discussion ngn kawan or study group. Hakikatnya memang susah juga kadang2 nak berhubung dgn abang. Maka selalulah kami bagi offline messages je huu. Tapi it is sweet in a sense, bila aku online je, mesti excited nak baca offline message from him hehe. Waktu jumat malam dan sabtu malam barulah aku dpt betul2 berhubung dengan abang. sebabnya abang cuti jumaat dan sabtu. Selalunya hari jumaat, dia akn start online lepas balik dr solat jumaat which equals to around maghrib waktu malaysia. memang terhad. Even bila abang balik Malaysia pun, ada waktu yang dia terpaksa meninggalkan aku beberapa hari kerana mengikuti program Islami, dan banyak pula waktu yang aku terpaksa meninggalkannya kerana keperluan lain..
Aku tak nafikan kadangkala sebagai seorang wanita, seorang isteri aku lemah dengan emosi. Merajuk bila aku rasakan abang sibuk dengan aktiviti di sana, sibuk dengan persatuan. Tapi abang memang hebat, even kalau aku tak beritahu dia pun waktu tgh YM yg aku tgh sedih and sometimes menangis, he could detect. Kalau tgh call of course la dia tau kan sebab suara sengau menangis huu. Hati dan minda adalah 2 perkara berbeza. Selalunya minda dapat berikan rational untuk setiap perkara yang berlaku tapi hati suka saja ikut emosi yang tak menentu. Selalu saja aku mengerti kenapa abang buat sesuatu perkara, tapi aku masih nak merajuk dan bersedih. Cthnya kalau abang ada iftar dgn usrah dia atau dia ada program, aku selalu sedih sebab nanti tak dpt YM dgn dia. (Eventhough I myself slalu jugak sibuk dgn hal2 lain tp abang tak pernah complain pun huu) Tapi bila fikirkan balik, itulah stress-coping mechanism dia dan tak adil if aku menghalang dia dari menjalani kehidupan biasa di Jordan. Biarlah dia sibuk dengan aktiviti di sana sepertimana sebelum berkahwin dulu. And I think aku suka juga susahkan hati abang bila merengek nak macam2 especially bab dpt anak waktu study. Abang pun layan je la hehe. As for me that's the best way, and I also do the same thing to abang. Cthnya aku kata nak berhenti belajar sebab tanak duduk jauh dgn abang, dia suruh aku dtg jordan. Tp tak lama lepastu aku sendiri yang taknak berhenti belajar. Aku kata nak anak, abang kata ok je, lepastu aku sendiri yang fikir balik betul ke. Aku kata nanti malas nak kerja sebab nak jadi housewife macam ummi je, abang kata bagusla duduk rumah jaga anak dan suami je, tapi aku sendiri yang lepastu taknak jd housewife. Mcm2 lagi.. Macam tu juga abang, bila tgh sedih dia kata dia tak suka duduk Jordan sebab rindu pd isteri nan satu ni, aku ckp kat dia pergi buat surat kat MARA dan Universiti yg dia nak tangguhkan pengajian sampai aku grad, tapi lepastu dia sendiri yang taknak tangguh pengajian hehe. Sedih dan rindu tu datang sekejap2, lepas tu OK insyaAllah :D
When he was around, kami suka juga bincang life macamana yang kami nak nanti. Abang suka g masjid dan suka ajak aku g masjid, and I would always tell him, kalau ada anak nanti, I want keadaan tak berubah, setiap kali ke masjid nak bawa anak-anak. Or kalau aku sedih abang g program, I would always convince myself bila ada anak nanti, I want my children dapat tarbiyah sedari kecil, selalu join their mummy n daddy pergi usrah, tamrin etc. For that reason, aku perlu kuat bermula sekarang. Dan perbincangan yang selalu adalah nama anak huu. Kalau aku kadang2 dihasuti syaitan dan dipengaruhi nafsu malas nak mengaji, aku dan abang suka discuss nak anak2 kami jadi hafizul dan hafizatul Quran, maka kami yang kena rajin dulu. Kadang2 kami round survey rumah n harga rumah, and discuss macamana rumah kami nanti (ni aku yg suka). Abang pulak suka cerita kereta yang dia suka, dan dia nak berusaha dapat kereta tu nanti. For all those reasons and for all those things that we have done, they make us feel stronger, and that we have each other in braving the world.
Artikel ni aku tulis lepas baca artikel tulisan
Ummu Thana' (kenalan melalui blog). I feel apa yg dia lalui sama macam apa yang aku lalui, dan sometimes bila aku rasa lemah dan sedih I will read their blogs (Psgn muda yg hidup berjauhan) just to keep myself reminded, jika aku rasa sedih bukan aku je yang bersedih. Kadang2 aku mengadu kat abang, aku rindu kat abang, dia kata dia lebih2 lagi rindu dan sedih and that I will never understand perasaan seorang suami yang meninggalkan isteri yakni satu amanah yang sgt berat.
Aku suka sangat ingatkan abang, kalaupun hari ini aku menangis, itu tangisan rindu untuk sesuatu yang halal buatku, dan bukan seperti sebelumnya aku menangis kerana kesedihan dan tekanan perasaan. Dan kalaulah hari ini kita menyesali hidup berjauhan, sebenarnya sememangnya sebelum ini kita tidak pernah bersama, malahan kini abang sudah menjadi milikku, maka masihkah ada penyesalan yang tersisa? Aku tenang kerana aku jelas dengan tujuan kita, perpisahan yang sementara, moga setiap pengorbanan kita menjadi asbab untuk mendapat redha dan kasih sayangNya. Dan kalaulah kita ditaqdirkan berpisah selama2nya didunia kerana maut itu suatu yang pasti, aku masih bercita-cita menjadi isterimu di syurga!