Followers

Friday

Ucapan terima kasih untuk abang :D

Entah kenapa sejak akhir2 ini lebih selesa berbahasa melayu..simptom ibu mengandungkah??

2 hari lepas ada tulis entry tapi takde mood nak publish. Konon2 nak upload gambar scan baby 3 hari lepas :), pun takde mood nak transfer into lappy. Dah ukur Crown-Rump Length (kepanjangan kepala sehingga bontot baby :D.. 2.5cm, 9 minggu 2 hari ). Baby sekarang Alhamdulillah cukup 9 minggu (huu sungguh tidak sabar untuk menghabiskan first trimester).

Lusa akan pulang ke Malaysia..abang dah mula nangis2 huhu, tapi emosi saya terbantut. Mungkin sebab tengah sakit + risau macamana nak naik flight sorang2 + transit kat Kuwait 9 jam huuu. Dan Ummi menunggu di Malaysia dengan sotong masak kicapnya!!!Tak sedih untuk berpisah ke? Kurang sikit..sebab........................ insyaAllah abang pun akan pulang ke Malaysia sebulan selepas saya pulang :) InsyaAllah waktu tu dah sihat berbanding sekarang. Tak sabar tunggu abang balik untuk shopping barang baby! Mesti banyak raya sale :D Tapi bila abang balik semula ke Jordan, saya pasti akan menangis dengan teruk, sebab abang takkan balik lagi sehinggalah time saya nak bersalin insyaAllah T___T

Dan...saya sangat rindu dengan baking dan cooking! Tak sabar tunggu abang pulang ke Malaysia untuk masak macam2 (hopefully dah tak nausea la huuu) dan masak berbuka puasa untuk family :D

Tak sabar tunggu baby kakak lahir..mungkin 2 hingga 3 minggu lagi insyaAllah.

Akan masuk posting Internal Medicine isnin ni... huu perjuangan tahun akhir sebagai pelajar perubatan saya bakal bermula.. tahun yang busy untuk grad..and untuk jadi mommy insyaAllah :) (menggatal tak? orang busy nak study, saya sibuk nak baby jugak huuu. well one can never stop challenging him/herself, can't he?) Doakan urusan saya dipermudahkan.. La hawla wa laa quwwata illa billah!

Saya sangat teringin nak BABY GIRL!!!! Da siap sediakan nama kalau baby girl hehe. Tapi abang nak baby boy huuu. Tak kira, kena shopping barang pink jugak :D

Saya pasti rindu saat bersama abang.. mengenangkan menghadapi kesakitan mengandung dikala jauh dari family dan insan2 berpengalaman.. kami menggunakan segala bagai cebisan2 ilmu 'kampung' untuk dipraktikkan haha. Tapi 'kampung' tu lebih kat abang la haha. Saya suka ke farmasi beli ubat macam2, kalau perlukan prescription, siap jumpa Dr utk minta prescription..oh sungguh tak bagus.. abang???? hehehe

Haa ini apa yang abang 'dera' saya sepanjang saya sakit:

Abang suruh seterika perut beralaskan selimut untuk kurangkan angin (dia kata mak pernah buat kat dia), tapi saya berkeras taknak sebab takut baby tak tahan panas (siap nangis2 cakap taknak, nanti baby panas haha)

Abang suruh saya duduk dalam posisi pelik2 untuk keluarkan angin dari badan huuu (pun saya taknak buat)

Abang sapu minyak angin kat perut, satu hari tu dia letak minyak angin bentuk love kat perut, hari esok dia buat bentuk smiley pulak (ya Allah suami aku ni), lepas tu urut perut macam uli roti canai huuu (waktu tu berharap sangat mak cik midah yang selalu urut ummi ade kat jordan untuk urutkan haha), tapi abang urut perut saya rasa lega :p

Ubat abang yang paling mujarab- air teh panas yang dia buat..selalu berjaya untuk hilangkan rasa nak muntah dan kurangkan angin.. satu malam berkali2 abang bangun tidur untuk continuously supply air teh (terharu huu)

Kalau sakit, abang sukaaaaaaa sangat tanya
"Ni siapa yang ngada2 ni?" Saya jawab "baby"
"Ni ayang yang nak makan ke baby?" Saya jawab "baby"
"Kenapa perut banyak sangat angin ni?" Saya jawab "mesti baby banyak kentut"

Last2 abang cakap "Kenapa asyik salahkan baby je??????????????" Hahahaha

So hari ni bila abang tanya
"Ni baby yang sakit ke mommy?" saya jawab "mommy"

Semalam abang pergi kedai, konon2 nak belikan makanan ruji mommy iaitu biskut kering. Waktu tu saya sedang sangat sakit. Abang pesan supaya saya miscall dia selepas 10 minit..sebabbb orang kedai tu suka sangat sembang dengan abang and abang takut tersangkut lama!!!! Abang keluar je saya tertidur (konon2 waktu tu pesan supaya abang belikan dark chocolate untuk kurangkan rasa nak muntah) Abang balik lewat tp saya tak sedar pun.

Abang kejutkan, dia tanya nak chocolate tak. Saya pun angguk dan ambil chocolate yang abang hulurkan, lepastu terus tertidur lagi (tidur yang tak nyenyak + mimpi pelik2 sebab nausea yg teramat), sambil pegang chocolate tu sehingga subuh..dan tempat yg saya pegang..chocolate tu dah melt sebab haba dr tangan haha. Abang ambil semula, dia jemur kat udara sejuk diluar supaya chocolate keras balik. Kenangan, kenangan :) yang akan sentiasa saya kenang

2 hari lagi bersama abang,, berpisah sementara untuk renew cinta dan rindu (ngee) dan bertemu semula insyaAllah. Terima kasih abang!!

6 comments:

ummuardhini said...

salam mariam...
semoga Allah beri kekuatan..

Anonymous said...

salam maryam..org tua2 kate, pregnant moms x blh d urut smbarangan..careful ya..take care=)

Unknown said...

Salam maryam...insyaAllah...take care!

Anonymous said...

wa... sedihnye... berpisah lame sgt tuh...

Kay Neesa said...

Salam maryam, tahniah atas berita yg baru sy baca. tak lama lagi awk bakal bergelar ibu. Saya yakin dgn didikan awk bersama atiq, inshaAllah anak yg bakal lahir tu nnt bakal mewarnai sejarah Islam zaman ini.

Semoga selamat semuanya.. Bykkan mengaji dan jaga emosi. Kalau awk nangis, anak pn ikut sedey. bila awk rasa nak marah, anak pn jd panas baran. semuanya bgantung pada awk.

Semoga gembira selalu bersama suami ^_^

Miss X said...

Since having this summer sem, totally forgot bout K.Yam's blog. Hehe..

Happy to heard you're fine by now. Hari tu syi try jugak carikkan chef Mee Kungfu akak, but then, sigh~ Cane, hilang dah ke kungfu-kungfu ni, huhu

Have a fun time in Malaysia. Jangan ingat banyak sangat tentang Joden kot, i worried if akak ngidam makanan sini pulak. Tapi tak pe je, kat KL banyak kedai Arab