23 Januari 2015
Hari ni baby masuk 8 minggu. Masih dengan alahan. Dah lebih sebulan mengharungi alahan (bermula seawal kandungan berusia 4 minggu), tak nafikan rasa letih yang amat, breakdown, stress dan kerap menangis. Mengandung tak pernah mudah bagi saya. Tetapi jika dibandingkan dengan pengalaman lalu, ujian kali ini hanya secebis. Dulu saya alah sehingga saat ingin melahirkan, di sertai dengan macam2 masalah lain. Dulu saya tidak berpuasa Ramadhan sebulan penuh walaupun pada ketika itu kandungan sudahpun mencecah 5-6 bulan. Masih teruk muntah dan gastrik. Dulu dahlah tak berpuasa Ramadhan, abang tolong masakkan disiang hari. Bila balik kedah, mak pula yang sediakan nasi dan lauk. Malu pada orang berpuasa, tetapi itulah hakikat wanita mengandung, dalam keadaan yang begitu lemah sehingga mengharapkan ihsan insan lain.
Kali ini saya mengandung dengan Ameer Faheem, ujian pasti berbeza. Disaat diri terasa begitu lemah, saya tetap melayani kehendak Ameer Faheem. Basuh berak, mandi, sediakan makan minumnya, Mujur Ummi terlalu banyak membantu. Makan saya pun pada ihsan Ummi. Dia yang sediakan makanan, dia yang belikan keperluan roti, biskut, ubat dsb, dia yang basuhkan kain baju, dia juga yang cuci pinggan mangkuk.
walaupun Faheem kadangkala begitu nakal sehingga membuatkan saya menangis, tapi ada banyak waktu keletahnya menggelikan hati. Sebab dah biasa sangat tengok Mommy muntah, dia selalu pesan
"Kalau mommy nak muntah, mommy ambil plastik tau"
"Kalau mommy rasa nak muntah, mommy minum air teh tau"
"Kalau mommy nak muntah, mommy makan ubat tau" (sambil dia g check ubat saya atas meja dapur) "Ok good mommy, pandai mommy makan ubat" katanya bila nampak ubat saya ada yang dah dikoyakkan.
Saya tidur 12-14 jam sehari. Saya masuk tidur seawal 7.30 malam, sebaik selepas solat maghrib. Tapi jadual tak ubah macam orang yang sedang beastfeeding. Setiap 2-3 jam saya akan bangun isi perut. Perut akan terasa sangat pedih dan loya, kadang2 jika terlewat isi, akan bermulalah episod muntah muntah. Saya selalu bancuh teh panas untuk buang angin. Saya tidak pernah tinggalkan rutin makan ubat tahan muntah, ubat gastrik.
Selalunya Faheem masuk tidur lebih lewat. Semalam bila saya terjaga dalam 10pm, saya rasa ada banyak benda atas katil. Ada ball, ada ironman, ada berus gigi! Tak lama lepastu FAheem masuk bilik untuk tidur. Dia pun mulakan sesi pesan memesan macam orang tua
"Mommy, Faheem nak tidur dengan kuda 'mika mika' (macam tu kot sebutan, x pasti), ball, orang. Mommy tidur dengan berus gigi k" ??????? Apa bendalah dia suka merepek, patutlah ada berus gigi atas katil. "Kalau mommy rasa nak muntah, mommy pegang ball ni k, faheem bagi mommy pinjam" ????? Ball faheem tu boleh hilangkan loya ke??? Adoilah anak tapi mommy iye kan aje.
Pastu dia sambung
"Semalam Faheem rasa nak muntah, lepastu Faheem minum air atas lantai toilet, Pastu Faheem dah tak rasa nak muntah"
Euwwww semalam saya marah dia sebab ternampak sambil dia mandi, dia ambil air atas lantai toilet dan buat kumur. Mommy semakin pening and rasa nak muntah T_T
Bila dah tak tahan sangat, saya mesti message abang dan cakap dengan abang, "ayang dah tak nak mengandung dah lepas ni....:"
Berusaha untuk jadi lebih sabar!

No comments:
Post a Comment