Followers

Friday

wada'an

Rakan2 yang mewarnai dan menjadikan indah kehidupan di sini

Kelab isteri solehah yang menceriakan hari

Pakcik2 makcik2 yang tidak jemu menziarahi dan melayani karenah Ameer Faheem kami..

Jualan kek yang mengajar aku erti berusaha

Menapak menyusuri syari3-syari3 yang melingkari tanah Irbed

Jejak Anbiya yang tidak pernah gagal meniupkan keinsafan dalam diri

Menahan kesejukan shita' dan kegembiraan meredahi salji

Keindahan musim bunga dgn anginnya yang sepoi2 bahasa

Debu dan padang pasir, qabilah badwi dan keserabutan perangai pak arab

Maglubah, mansef, basbouseh dan sahleb..

Rumah kami yang dengan kesungguhan abang berusaha, menjadikan ia terlalu selesa..

Wada'an ya Urdun

Aku pasti akan merinudi semua ini!

Kerana disini aku dan abang menyemai cinta

Disini juga abang melakar cita2

Disini kami belajar berdiri di atas kaki sendiri

Abang selalu bertanya, "Abang ada tertinggal apa2 tak?" setiap kali ingin meninggalkan Malaysia...

Dan kini aku berikan jawapan saat ingin berangkat meninggalkan Urdun... "InsyaAllah takda apa2 yang tertinggal... hanya jejak kenangan"

Kami berikan abang ruang dan masa

Dengan secebis masa yang masih berbaki sebelum detik besar exam akhir abang

Moga abang berjaya meraih gelaran Doktor

Dan tidak sesaat bertangguh untuk pulang ke pangkuan kami...

Ayang bakal sentiasa merindui kehadiran seorang suami yang kehebatannya tidak ada galang ganti

Ameer Faheem pasti ternanti2 Daddy untuk menjadi teman mainnya...

Wada'an ya Urdun dan seisinya

Dan Selamat tinggal cinta..

Moga aku dapat sampai ke sini lagi satu hari nanti...

Malaysia menggamit hadir

Oh sungguh aku rindu pada keluarga!

4 comments:

~fam~ said...

semoga selamat dalam perjalanan dan dipermudahkan segalanya kak...

jangan lupa adab dan doa musafir.:)

aliaa said...

Laaa....baru baca post akak.

Sorry tak selalu datang ziarah akak and Faheem wpun duduk satu mantiqah.

Busy memanjang je...Huhu..

Umm 'Umar said...

Alamak touching nye maryam! Ceh, aku pulak yang nak ter-nanges. Sedih-sedih. (Macam la selalu sangat jumpa pun, haha) Esok gi Yarmouk jom! Tangkap gambar banyak-banyak.

Unknown said...

syukran @antikapel :)
@ aliaa.. kami bg peluang athiq focus study utk final ;p
@ijat.. alamak esok mcm super bz huuu, x sempat g yarmouk :(