Followers

Friday

A constant reminder...


Alhamdulillah hari ni baru boleh nak bangun lepas 3 hari terbaring. Seperti biasa, muntah, cirit birit, bloating, sakit perut. Lately the symptoms become more frequent, as frequent as any woman's menstruation huu. I wonder why.. Nak kata food poisoning, I'm the only experiencing them. abang tak pun. I try to associate them with hormonal surge etc, but it doesn't match.

I like to tell abang, "Abang tahu tak, kenapa orang tak serik mengandung? sebab diorang ngandung teruk, lepastu diorng dah lupa cmne teruknya ngandung, pastu teringin nak ngandung lagi, and during the next pregnancy, baru diorng serik semula. Tapi ayang tak mengandung pun asyik muntah2 macam org ngandung, jadi ayang tak sempat nak hilang serik, jadi serik semula." Huuu. Alasan. And then I will continue rambling something that sounds like, "Abang tahu tak, orang mengandung ni pahala dia besar sgt3. sebabnya mengandung ni susah...bla..bla..bla.." Abang seperti biasa akan jawab, "Abang nak ayang dapat pahala banyak sebab tu kena mengandung selalu" dan aku selalu akan mengelat, "tapi kalau kita diuji macam tu dan kita tak dapat bersabar, selalu merungut, nanti pahala pun hilang, bimbang dosa yang bertambah" huuu.

I personally really want to have a baby girl, sepasang dengan Ameer Faheem :) Nama pun dah lama ada, tunggu nak panggil tuannya je. But when i think of the pregnancy period it becomes like some sort of a phobia huu. Maybe Allah wants Ameer Faheem to be ready to be a good big brother before he can have a little sister.. Allah's plan is always the best!

Disebabkan hari ni baru berselera, terus teringin nak buat nasi goreng cina! teringin juga nak makan bihun goreng ummi huuu. Teringin nak lasagna, semualah teringin. But first I have to clear up the kitchen yang macam tongkan pecah setelah 3 hari tak dibersihkan huuu.

p/s: nak tahu tak Ameer Faheem suka buat apa sekarang? Dia suka mengamuk guling2 atas lantai! Instead of feeling angry towards him, aku selalu tergelak tengok dia macamtu, and tell abang, "Skit lagi dia guling2 atas lantai supermarket sebab tak dapat apa yang dia nak!" Perangai dia macam abang kecik2 (mengikut sumber yang sahih), tp aku lebih cool dari abang in handling his emotional burst. He is learning to deal with his emotions, let him be... :) alhamdulillah makin dewasa faheem ni, dah pandai nak beremosi.

Baru beberapa hari lepas, abang cerita yang waktu dia kecik, dia mengamuk sebab dia nak perhatian mak. Tapi bila mak datang, dia mengamuk lagi, dan mak tinggalkan semula. Dia sambung mengamuk sambil dalam hati berazam, kalau kali ni mak datang, dia akan senyap, tapi perkara sama berulang, dia tak senyap pun. Semalam aku suap faheem kek, tapi sebab lambat faheem mengamuk guling2 atas lantai. Bila pujuk dia, dia semakin reda, bila nak suap semula kek, dia mengamuk, bila aku tak suap, semakin kuat mengamuk. Perangai sebiji macam abang hahahaha. Nak tegelak tengok budak kecik ni. Cuma faheem ni mudah sgt3 untuk dipujuk :) bagi makanan, peluk dia, dia pun ok!

2 comments:

Belle said...

pandai uncle rockers pilih jubah tu.
and mcm besa, faheem nampak comel dengan mata besarnya.

Ummu Ameer said...

:)