Followers

Wednesday

Harus kuat harus kuat harus kuat

Lama tak blogging, selama itu jugakla I was not well huu. I really should apologize to Abang. Bersusah payah Abang brings me to Jordan, tp duduk sini terus sakit, tak biasa dengan cuaca barangkali.. Alhamdulillah hari ni lepas zohor rasa agak sihat setelah sekian lama tak rasa nikmat sihat :)

Macam2 perancangan dah dibuat sebelum menjejakkan kaki ke bumi anbiya tempat abang menjadi musafir demi meraih gelaran mujahid fisabilillah menceduk sedikit ilmu dari lautan ilmu Allah yang sangatlah luas, tapi setibanya disini seakan hampir semua perancangan tidak menjadi. Begitu membuatkan aku tersedar betapa rapi manapun perancangan manusia, sungguh tak terbanding dengan perancangan Allah. Dan Allah sentiasa memiliki cara, untuk membuatkan hambaNya tersedar dari kealpaan dalam menikmati nikmatNya, untuk itu Alhamdulillah, kerana aku masih diberikan peluang menginsafi kealpaan bersandarkan pada 'petanda-petanda' yang Dia anugerahkan.

Sebelum menziarahi abang, aku begitu bersemangat nak study dengan abang, nak pergi hospital dengan abang etc, tp rupa2nya sepanjang 3 minggu disini, hanya lebih kurang 2-3 hari je aku ke hospital. Kesihatan memang tidak mengizinkan. Bukan setakat aku tak g hospital, abang sampai ponteng 2 hari just to take care of me. Mula2 aku demam, x larat bangun jugakla few days, selesema dan sakit kepala. Lepas baik je demam sempat menziarahi Abu Asiah, Ummu Asiah dan Asiah, dan keesokan harinya keluar makan bersama Anida (Zaujah Amir, coursemate abang). Lepastu start muntah2 teruk dan sakit perut dan diarrhea. Rasanya 20 kali jugakla aku muntah on the 1st day dan 3 hari berlarutan sampai 'lembik'. Tidur malam? Memang tak dapat sebab asyik ziarah toilet je dan tak tahu nak buang ape dah, tinggal air je. Initially sakit perut rasa macam ada abdominal bloatedness, lepastu sakit perut sebab gastritis since I couldn't eat anything and will vomit them out, then it became abdominal muscle pain due to extensive vomiting. Kesian abang, berulang2 kali g pharmacy, sampai kul 2 pagi pun abang keluar cari benda untuk dimakan (and of course tak dimuntahkan balik huu). Mula2 abg suruh minum Eno untuk kurangkan bloating, pastu abg belikan antacid and ranitidine untuk kurgkn gastritis, lepastu abg cari Menzza pulak utk muscle pain, pastu abg tanya nak abg belikan antiemetic tak, abg suruh makan PCM n loperamide. Aku yg mcm dah tak terurus diri sendiri redha je la huu. Lepastu abang tanya nak beli UPT tak and kept asking me, "Pregnancy kot?". Macam terfikir, takkan melampau sangat hyperem sampai nak implantation pun dah dpt hyperem, so I just said to Abang, if it is really true this is due to pregnancy, rasanya sekali ni jela mengandung huuu. Aku pun dah tak tau what was wrong since sakit kat seluruh abdomen, dah start terfikir ni perfortd PUD ke nak jd peritonitis, pastu sakit belakang jugak, buat renal punch mcm positive, takkan pyelonephritis n thousands of other DDx. Yg sebenarnya I couldn't care less of the HOPI and DDx, I felt so terrible and just wanted to surrender myself to the hospital for IV fluid. Sampai abang tanya, "Sakit rasa macamana?" I answered "I don't know. Sakit" Then I started to wonder macamanala patient kat ward bleh tau sakit rasa memulas ke, mencucuk ke etc huhuuu


Dulu sebelum datang Jordan, macam2 list makanan yang abang nak aku masakkan. Especially kuih muih melayu, sebab abang suka makan kuih (ni pelik sket sebab slalunya org perepuan yg suka makan kuih. Not cake) Sampai kat sini, abang pulak yg terpaksa cook for me huu sedih.... Allah nak suruh abang sharpen cooking skill ni hehe.

Sebelum datang, abang dah rancang supaya aku ikut dia g program (including hujung minggu ni in Mu'tah tp nampak gaya mcm tak pergi je). Tp bukan setakat aku tak ikut, abang pun banyak program tak pergi because I was so sick. Tp aku banyak tido, sometimes abang feel bored and went out to play with his friends (sedih utk abang lagi huu). Abang study pun sorang2. And one time, he gave me a pen and papers, with a very hopeful face he asked me to make paediatric notes for him (haha abang ni suka guna note orang!!!) But seriously nausea is a very debilitating condition..

Abang sangat bersemangat nak main snow, tp aku tak larat langsung.. duduk dalam bilik dengan heater pun dah menggigil, ni nak main snow pulak.. confirm demam panas lepas tu

Dulu sebelum datang Jordan, punyala bersemangat nak jadi surirumah tolong abang urus rumah, tp sekarang mcmna keadaan bilik (yg memang macam tongkang pecah) waktu abang g hospital pg2, mcmtula tak berubah bila abang balik waktu petang. Kain baju pun tak larat nak basuh. Sangat sedih tengok abang yang tak tido malam, setiap kali aku muntah, setiap kali tu jugalah abang bangun untuk tepuk belakang, aku beriktikaf kat toilet pun abang ikut to help me around, aku tertidur sekejap2 and everytime aku terjaga, abang mesti tengah perhatikan aku, yg paling sadis, bila abang peluk or cium pipi especially after solat, aku suruh g jauh sebab rasa nak muntah bila bau abang huu (i like his natural smell tp dikala loya ni semua pun nak termuntah). Kdg2 aku menangis sebab rasa sangat tak larat, and rasa sedih tengok abang, sampaikan tertidur dalam baju kemeja ke kelas, and lepas subuh je abang dah mengantuk sangat2 sebab tak cukup tidur, tp itulah ujian Allah, untuk melihat ketabahan insan. Moga abang terus tabah!! :) Semoga aku juga terus bersabar insyaAllah

Abang suka baring on my lap selepas solat untuk berwirid, tp kdg2 disebabkan rasa nausea yg sgt melampau, bila abg buat mcmtu pun aku nak termuntah. Tapi aku cuba juga untuk kuat, kerana nanti bakal ada 3 insan yg nak bermanja denganku, abang dan anak2. Tentu meletihkan, tapi disitulah kebahagiaan insyaAllah. Maka dengan itu aku harus kuat!! (Anak 2 je sebab aku asyik desak abang supaya berdoa dapat twin. Abg kata nak twin lelaki + perempuan, aku kata nak both lelaki supaya kembar seiras and look alike :p. Abang kata susahla dahla nak mengandung sekali je, pastu nk kembar lelaki, xde anak perempuan la cmtu, aku sengih je hehe)

Yang paling teruk dalam asyik muntah ni, aku teringin makan macam2. Haritu ckp dgn abang, teringin nak makan nasi putih panas dengan ikan kembong, abang kata kat manala nak cari ikan kembong kat Jordan, pastu aku ckp nak nasi putih panas dengan ikan masin, tp xde jugk ikan masin kat sini huu pastu nak nasi putih panas dengan ikan bilis goreng dengan bawang, pun xde ikan bilis kat sini. Last2 makan nasi putih panas dengan telur dadar yg sangat masin sebab teringin nak benda yg sgt masin huu. Lepastu malam tu aku nak jugak makan ikan, Alhamdulillah kat bawah rumah ni ada jual ikan goreng pedas, but both of us tak makan pedas, tp beli la jugak sebab kempunan. Bila makan je, aku muntah the whole night rasa ikan tu, and last2 terkeluar the whole thing, undigested pun huu. Lepastu teringin nak makan nasi lemak panas and laksa penang panas pulak (my appetite is really troublesome), abang pun dah confuse kat mana nak cari. Kebetulan hari tu when we went to rumah ummu asiah, dia hidangkan laksa johor, so abang kata nanti dia tanya ummu asiah, nak beli kat mana. Tp aku kata tak nak laksa johor, nak laksa penang yg masam tu huuuu.

Aku juga sangat3 nak jumpa musfirah, zaujah Syamil.. tp dihari makan2 tu aku tak sihat pulak...

My stay in Jordan still berbaki 6 hari.. abang silalah tabah untuk berpisah semula (abang should be happy sebab aku banyak susahkan dia geee), tp abang dah selalu menangis.. insyaAllah ada rezqi bulan 5 i will come again, dengan kesihatan yg lebih baik insyaAllah :D sebab waktu tu musim bunga dah hehe. And hopefully dengan baju yang lebih cantik ok (ngehee abang tension sebab since my bag dicuri, aku asyik pakai baju abang n kain pelikat abang hahaha) Silalah bersabar ok

Ortho result dah keluar. Pass Alhamdulillah. Specialized posting, I'm all geared up for the challenge insyaAllah :)Kpd yang tak pass, pasti ada hikmah!!

7 comments:

Ummu Asiah said...

Salaamatik K. Maryam..

Ummu Thana' said...

Yeayy..Maryam sgt kuat insyaAllah!!..;p..

Ummu Iffah said...

Akak macam org pregnant jer...confius saya baca kisah ni...hmm..

aliaa said...

ok, sangat nak gelak pakai kaen pelekat hihi. Nseb akak mention tak makan pedas. Datangla nanti ye, pape sms sy tp weekend nh sy xdek. Baru nak berjalanan. Kalau nak follow g klas ktrng nnt pon bleyh. Huhu tp pre-med la, duk dlm klas 3jam pastu balik

Ummu Ameer said...

jazakillah ummu asiah :)
ummu thana', terharu dengan hadiah dan kad comel hehe, jazakillah
ummu iffah, org yg tgh nausea memang camtu hehe tp tak semestinya N&V disebabkan pregnant :p
to aliaa: insyaAllah, x sabar nak makan masakan aliaa!! :D

abna' ar-rahmah said...

salam nt.. miss you so much! banyak benda nak story ni. and banyak jugak soalan terkumpul yang ana dah kumpul khas utk nt jawab sekembali nt ke m'sia nanti ;)
nampak sympthomm2 nt ni mcm simptom org pregnant la kan?

Ummu Ameer said...

amboi, tunggu ana buka kaunter pertanyaan lah ni? hehe. bukan pregnant la nt, slh mkn tu.. ana mkn ape2ntah kat jordan ni, semua masuk hihii