Another 2 books which I managed to read during the hol.. entah kenapela rajin sgt nak buat book review hari ni..but i think i'm trying hard to wash away the melancholic mood due to the holiday which very nearly reaches the finishing line.. Gosh it sprinted!!
These 2 books belong to Mimi. When I borrowed this book, whe was quite surprised because seriously I'm not the type of person who loves to read books such as "Jadilah wanita plaing bahagia etc.." or specifically motivational books huu. But I guess sometimes you do need a mild dose of motivation.. or because I am in such a desperate position to be a subject of enviousness to the Bidadari Syurga?? Probably.. Um well.. maybe Abang can sense that I nurture envy very succesfully..since I don't only envy other women but bidadari syurga as well!!
From these 2 books, I get new motivation..
Untuk menjadi seperti Saidatina Khadijah, apabila Rasulullah mendapati padanya TEMAN PERJUANGAN dan KESETIAAN MENGGUNUNG:
Suatu ketika Rasulullah mengenangnya, "....Dia beriman kepadaku ketika semua mansuia ingkar. Dia membenarkanku ketika seluruh manusia nmendustakan. Dia membantuku dengan hartanya ketika semua manusia menahan harta mereka..." HR Ahmad
Untuk menjadi seperti Saidatina Aisyah, apabila Rasulullah mendapati padanya KEREHATAN PENUH CINTA:
"Nabi SAW biasa meletakkan kepala di pangkuanku walaupun aku sedang haidh, kemudian beliau membaca Quran" HR Abdurrazaq
Dalam riwayat lain disebutkan ketika sakit Rasulullah menghendaki hari bersama 'Aisyah sehinggga isteri-isterinya mengizinkannya berbuat sebgaimana yang beliau suka. Beliau ingin berada di rumah 'Aisyah hingga meninggal (HR Bukhari)
Dzikwan meriwayatkan bahawa 'Aisyah pernah berkata "Sesungguhnya kenikmatan yg diberikan Allah utkku adalah Rasulullah meninggal di rumahku, di hariku bersamanya, di dalam dakapan dan pelukanku.."
Menjadi seperi Nailah al Farafishah al Kalbiyah yang padanya Utsman ibn Affan dapati KETULUSAN..
bilamana pasukan pembangkang mengepung rumah Utsman lalu menerobos masuk dan mendapati beliau sedang tilawah. Mereka menghayunkan pedang ke tubuh tua Utsman, maka Nailah segera melindungi sehingga jari jemarinya terputus..
Atau seperti Aminah Quthb, isteri kepada Kamal Asy Syanariri (mujahid dakwah agung dr Syaikh Dr Abdullah Azzam) yang menuliskan syair kenangan untuk suami tercintanya dalam Risalah ila Asy Syahid
Aku tidak menunggu kepulangan dan janji2 sore
Aku tidak menunggu kereta kan kembali membawa secercah harap
Kau tinggalkan aku mengharungi hari-hari dalam kebisuan derita
Kau lihatkah bahawa rinduku untuk syurga atau cinta kelangitan
Kau lihatkah bahawa janji itu untuk Allah
Sudah tibakah saat pemenuhannya?
Aku berlalu bagai perindu
Sebagai pemabuk yang cinta mendengarkan panggilan
Kau jumpakah di sana para kekasih?
Apa warna pertemuan itu?
Dalam hijaunya syurga, dalam firdaus dan gemuruh kurnia
Di negeri kebenaran kalian berkumpul
Dalam damai dan perlindungan
Jika memang kerana itu, selamat datang kematian tergilas darah
Akankah aku menemuimu di sana, tinggalkan negeri derita
Ya, kan kutemui kau di sana
Janji yang diyakini orang-orang jujur
Kita dapatkan balasan, atas hari-hari yang kita lalui
Dalam derita dan cobaan
Kita kand dijaga dalam kebaikan
Tanpa takut perpisahan dan kefanaan
Ahh... terasa begitu jauh untuk menjadi seperti mereka.. Mereka yang mendampingi mujahid agama. Namun itu bukan penghalang untuk memasakkan langkah pertama.. kerana aku memang ingin sekali agar sekalian bidadari cemburu padaku
No comments:
Post a Comment