Followers

Tuesday

Lot Banglo Impian untuk dijual

Bismillahirrahmanirrahim

Berkongsi impian dan offer menarik!

Ibu mana yang tak ada impian untuk anak anak dan keluarga??? Tak ada. Mesti ada impian :)

Saya pun ada impian. Sejak dari zaman persekolahan lagi. Dari dulu saya suka tengok gambar 'mansion'. Rumah agam Inggeris zaman lama. Nampak klasik, sejuk dengan taman yang cantik penuh bunga!!! Selalu search gambar2 dalam Google dan simpan dalam laptop untuk tatapan peribadi dari semasa ke semasa. Waaaa seperti terbayang anak anak saya berlari riang di taman yang luas atau beraktiviti seni di dalam rumah. Terbayang saya yang rajin ke dapur menyediakan makanan untuk suami dan anak anak dan berpiknik di laman bawah teduhan pokok rendang. Terbayang keluarga yang ceria dan bahagia :)


Sekarang ni berita penculikan kanak kanak makin hangat. Ibu bapa pasti sangat bimbang untuk melepaskan anak2 bermain bebas di luar. Jadi saya menetapkan kriteria bahawa rumah saya nanti mestilah memiliki halaman luas, cukup luas untuk anak anak bermain bola sepak atau layang layang! Cukup luas untuk anak anak berlari. Dan saya akan buat tembok dan pagar tinggi sebagai faktor keselamatan. Jadi tak perlu mengongkong anak anak didalam rumah dan dalam masa yang sama tak perlu bimbang melepaskan anak anak beraktiviti bebas luar rumah :)

Berbekalkan impian ini, sebaik saya mula bekerja, saya mencari sebidang tanah sebagai tapak rumah kami nanti. Saya inginkan suasana tenang, jauh dari hiruk pikuk dan asap debu bandar. Tapi dalam masa yang sama saya nak kawasan yang selamat dan eksklusif. Pencarian demi pencarian, akhirnya saya bertemu dengan tanah impian!

Saujana Utama Sungai Buloh Country Resort (SBCR)


Kawasan yang sedang pesat membangun tapi alam semulajadi masih terpelihara. Nama pun Country Resort- sangat melambangkan suasana kedesaannya.

Ada 3 Garden- Kenanga Garden, Seroja Garden dan Anggerik Garden. Kawasan ini menawarkan lot/ tapak rumah banglo gaya eksklusif.

Cari punya cari, akhirnya kami memilih Kenanga Garden. Betapa Allah memudahkan usaha, kami dapat membeli sebidang tanah betul betul di puncak Kenanga Garden. Berhawa agak sejuk dan cukup tinggi untuk membolehkan kami melihat ke seluruh kawasan Saujana Utama.

Tanah ini memang luas, dengan keluasa 12,127 kaki persegi! Bertepatan dengan impian saya (yang pada ketika itu sudah menjadi impian kami- abang dan saya). Kami mula melakar pelan rumah. Dan saya beritahu abang bahawa saya ingin membela sepasang kuda dan pastikan anak anak kami pandai menunggang kuda.


Kenanga Garden adalah kawasan berpagar dan bersekuriti 24 jam. Ada clubhouse yang menawarkan pelbagai aktiviti termasuklah aktiviti berkuda.

Selain kawasan yang cantik dan berudara segar, kawasan ini menjadi pilihan disebabkan kemudahan berhampiran. Klinik, sekolah, restoran dan segala keperluan terlalu hampir. Stesen minyak pun dekat je. Begitu juga dengan lebuh raya. Ada masjid berdekatan yang menggembirakan abang ;)


Waktu tu kami baru mula bekerja, masih tak berduit. Tapi kami tetap beli tanah dan membuat perancangan untuk membina rumah dalam tempoh 10 tahun akan datang, seusai kami hidup merantau. Tanah dan rumah, semakin dilengah2kan pembelian, semakin mahal harganya! Jadi memang tak rugi membeli untuk dijadikan aset.

Kini masuk 3 tahun kami memiliki lot banglo itu, harganya sudah 2 kali ganda!!! Terasa begitu sayang untuk melepaskan pergi lot banglo ini, tapi mungkin Allah ada perancangan lain untuk kami.. Direzkikan membeli sebuah banglo di Kedah dengan keluasan tanah yang lebih berganda dari lot banglo ini, kami bersedia untuk menawarkannya dengan harga lebih rendah dari pasaran. Impian saya insyaAllah akan tetap diteruskan, dan saya ingin membantu sesiapa yang memiliki impian sama untuk memiliki sebidang tanah ini.

Sebidang tanah bukan hanya sebidang tanah :)



Jika anda atau kenalan atau ahli keluarga anda berminat untuk memiliki tanah ini, bolehlah call saya
Dr Maryam
0139144638

2 comments:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas mendowload dn upload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Anonymous said...

Salam Dr Maryam,
Is the land still available?