Followers

Thursday

Saya nak kulit muda remaja!!!

Assalamualaikum :)

Hari ni saya nak kongsikan rangkaian produk anti penuaan yang selamat untuk wanita hamil!

Kenapa eh penting sangat kita jaga kulit?
Orang zaman dulu tak makan vitamin untuk cantikkan kulit pun!!
Orang zaman dulu tak pakai pun segala bagai pencuci dan krim muka!!


Perlu ke?

Tahu tak bahawa kulit adalah organ terbesar dalam tubuh kita? Dan kulit selain beperanan penting dalam penampilan, juga penting untuk melindungi kita dari jangkitan kuman, mengawal jumlah air dalam tubuh dan menstabilkan suhu badan!

AIR- 20% dari kulit kita terdiri dari air. Sangat penting tau untuk mengekalkan kelembapan pada kulit bagi memastikan sel kulit sentiasa segar bugar dan tidak layu!

LAPISAN MINYAK- Pada kulit kita juga ada satu lapisan penting yang dipanggil sebum. Sebum adalah campuran minyak semulajadi yang dirembeskan oleh kulit kita. Sebum menghalang kulit dari menjadi kering dan memastikan kulit sentiasa kelihatan awet muda!

MINYAK + AIR --> HIDROLIPID. Gabungan dua elemen yang sangat penting pada kulit yang sihat iaitu kelembapan dan sebum secara seimbang akan menghasilkan satu lapisan yang dipanggil hidrolipid. Lapisan hidrolipid pada permukaan kulit memastikan kulit sentiasa lembap, lembut dan gebu serta kelihatan awet muda! Lapisan ini juga mengekalkan pH yang sedikit berasid untuk memastikan bakteria tidak dapat membiak pada permukaan kulit yang seterusnya boleh mengakibatkan jerawat bernanah!


Sel kulit dihasilkan pada lapisan yang paling dalam, dan akan bergerak ke permukaan kulit. Bila sel ini mati, ia akan dibuang dan digantkan dengan sel baru. Proses pergerakan sel ini penting untuk memastikan kulit kita sentiasa kelihatan segar dengan sel2 baru. Biasanya dalam kulit yang sihat, proses ini mengambil masa 28 hari. Bermaksud kulit kita diganti setiap 28 hari!

Lapisan lemak dan collagen dibawah kulit akan memastikan kulit sentiasa tegang dan anjal. Diusia muda, kulit mampu memperbaiki sendiri segala kerosakan yang berlaku disebabkan oleh pencemaran, pendedahan kepada cahaya matahari, dan radikal bebas. Tetapi lama kelamaan, kulit akan mula tewas dan tanda tanda penuaan kulit akan muncul seawal umur 20an!!

Amboi panjang lebar saya terangkan tentang kulit supaya kita semua dapat memahami bagaimana sebenarnya ciri ciri kulit yang sihat serta mengenalpasti faktor yang mempercepatkan penuaan kulit.

Membekalkan vitamin dan nutrisi pada kulit sangat penting untuk menghasilkan kulit yang sihat. Tetapi penjagaan luaran tidak kurang pentingnya!

Kali ini saya nak berkongsi tentang Enfuselle, iaitu rangkaian produk anti penuaan untuk kulit lelaki dan wanita!

Apakah keistimewaan Enfuselle berbanding rangkaian produk muka yang lain?

Enfuselle emngandungi 7 kandungan istimewa yang dipanggil VITAL REPAIR
1. Vitamin A- meningkatkan kelembapan kulit, antiksidan untuk melindungi sel dari kerosakan
2. Vitamin C- melindungi kulit dari kerosakan kolagen yang disebabkan oleh sinaran UV dan radikal bebas
3. Vitamin E- antioksidan yang melindungi kulit dari ancaman radikal bebas dan UV. Juga mengurangkan pigmentasi dan memudarkan parut
4. Panthenol (provitamin B5)- meningkatkan kegebuan dan keanjalan kulit
5. Ekstrak biji anggur- menghentikan aktiviti enzim yang menghancurkan lapisan collagen
6. Superoxide dismutase (SOD)- melindungi kulit dari radikal bebas
7. Beta glucan- melindungi kulit dari pencemaran dari udara



Dengan penggunaan rangkaian produk Enfuselle, kesan hebat boleh dilihat seawal 4 minggu penggunaan! Kulit nyata lebih segar, lembap, anjal dan kelihatan muda :)

*668% penambahan dalam keanjalan kulit
*421% pengurangan kedutan
* 88% pengurangan garis halis



Tapi adakah saya perlu pakai semua produk Enfuselle??

Tentulah tidak. Anda boleh hubungi saya untuk mengetahui yang mana satu yang anda perlukan :)
Atau nantikan kupasan lanjut dalam entri selepas ini!



Dr Maryam Aziz

Helping you to look young!