Followers

Saturday

Pregnant mommy can also be gorgeous!

Assalamualaikum :)

Lama tak menulis sebab agak busy sekarang ni. I'm not just a doctor, I'm also an enterpreneur hihihi. Dah lama teringin nak ada bisnes sendiri, jadi bila ada bisnes sendiri rasa seronok sangat. Walaupun bernaung bawah Shaklee, tapi tetap rasa macam bisnes sendiri. Kadang2 rasa macam main main je haha. Mana taknya, bisnes ni dimulakan sebagai suka suka and nak tampung keperluan nafsu sendiri yang nak amalkan pelbagai produk Shaklee. Tapi bila dapat keuntungan yang lebih berganda dari gaji seorang doktor, rasa celik mata. Oh this is serious after all!!


I'm now 5 months pregnant, which means I have another 4 months to go! Now I have a new mission!
Waktu 4 bulan pertama, my main business was vomiting. Rasa teruk giler waktu tu! Setiap malam tak boleh tidur sebab gastrtiis and muntah muntah. Kalau diberi pilihan, memang dah taknak lalui lagi dah. Sob Sob. Makan memang merapu rapu. Tapi tak kisah pun sebab semua makanan tu tak bertahan lama dalam perut hehehe. Sekejap je singgah, muntah balik.

Penjagaan diri? Totally out! Gosok gigi dua hari sekali ahahahaha. Sebabnya waktu tu macam dah tak tahu siang ke malam. Sama je. Cuci muka? Langsung tak cuci selama 4 bulan! Tak larat fikir pasal cuci muka bila loya dan muntah menguasai. Jerawat tumbuh macam cendawan lepas hujan. Waktu tu duduk rumah Ummi, abang tinggal sorang2 kat Kelantan. Ambil cuti tanpa gaji. Jadi takdelah isu sangat tentang keserabaian diri tahap maksima. Kalau abang ada pun, mungkin tak perasan haha.

Lepas 4 bulan, alahan semakin berkurang Alhamdulillah. walaupun kadang2 masih lagi muntah bila silap pilih makanan. Waktu bangun, macam sleeping beauty. Terbangun dari mimpi. Bezanya bila bangun, ARGGGHHHHHH nightmare. Body shape memang totally out lah. Perut memboyot, peha besar dan segala galanya besar. Bila timbang, OMG dari 45kg---> 54kg. Bukan aku muntah muntah ke haritu??? Mana datang 10kg ni??? Dan yang lebih menakutkan, penuh jerawat kat muka terutama kat T-area, dan of course PARUT JERAWAT!! Sentuh pipi, bergerutu dan berminyak. Sentuh rambut, awat macam dawai??? Sob sob sedih sangat.. Teringat segala usaha meng-flawless-kan muka sebelum pregnant haritu... macam hilang sekelip mata.

Jerawat T Zone

Saat saat macam ni, mulalah nak salahkan abang wuwuuu. Sebab abanglah isteri jadi macam ni T_T. Ok ini memang fikiran budak kecik tak matang. Every pregnant woman go through the same things and I should be just grateful for everything that I have! Plus brooding isnt getting me anywhere. So waktu tu dengan penuh motivasi, cuba untuk bangkit semula.

Kata nak jadi Gorgeous Pregnant Lady??? Kata nak jadi macam Che Ta waktu sambut baby? Gorgeous dengan segala make up bagai? Kata nak nampak awet muda walaupun anak berderet2 kat belakang?? Teringat balik segala impian..Of course tak boleh bersedih dah!!!

So saya pun buat balik plan.. Plan yang saya panggil PREGNANT MOMMY CAN ALSO BE GORGEOUS! Kenapa pregnant mommy?? Sebab pregnant mommy ni ada limited option. Bukan semua vitamin boleh makan, pencuci muka pun kena pilih2 yang selamat. Anybody yang interested, jom! Kita ikut plan ni  dalam next entry :)


Dr Maryam Aziz :)

No comments: