Lamanya tak menulis.. tak ada mood + selalu saja tak sihat..
Saat2 menghitung hari untuk melahirkan Ameer, saat2 bergelar wanita mengandung hanya tersisa, saat upaya mengugut untuk pergi, saat semangat terbang entah ke mana... ke mana lagi harus dipalingkan wajah, dan meminta simpati, melainkan kepada Dia yang maha mendengar..lagi maha mengasihani.. ah sekurang2nya membuatkan diri in tersedar bahawa kita tidak pernah ditinggalkan bersendiri... akhir2 ini, terasa seperti saban hari mengenangkan kisah Maryam bintu Imran, mengandungkan Nabi Isa berseorangan, melahirkan juga berseorangan.. betapa hati berharap Maryam bintu Azizuddin juga akan begitu.. tapi ketabahan tentulah tidak hadir hanya dengan berharap..
Rasanya ungkapan yang tidak bosan diungkapkan, sejak awal mengandung, bahkan setiap waktu sentiasa meniti di bibir, sehinggalah saat melahirkan rasa terlalu hampir.. mengandung itu payah. Memang payah. Pengalaman itu berbeza. Ada yang 'steady', ada yang memang tergigit peritnya.. Kasihan abang, setia menelan segala keluhan, walaupun pasti dia sudah letih mendengar semua itu.. Sakit itu seperti lepas satu, satu datang bertamu.. sehinggakan ambil injection ATT pun demam dan terpaksa dapatkan MC.. Dan sejak akhir2 ini demam itu seperti rutin. Exam pun baru separuh yang selesai, masih berbaki lagi separuh untuk diselesaikan Jumaat ini insyaAllah.. tp aku sendiri tak dapat bayangkan bagaimana untuk pulang ke Kuantan. MAS says NO, tapi tengok bas pun aku fobia.. sekadar naik kereta untuk ke kedai dekat2 dengan Ummi pun terasa begitu menyiksakan.. especially the contractions, and the nausea.
Ye aku nausea lagi. And I can go on without food for days.. tak ubah seperti sebelum mengandung.. pun kesian kat Ummi yang asyik tanya nak masak lauk apa.. I answer, "I want to eat cocoa crunch" or aku habiskan air yogurt dalam fridge.. Tapi air yogurt and cocoa crunch tak berkhasiat! "Kesian Ameer", Ummi would say.
Hari ni terasa seperti air ketuban terlalu sikit.. (memang AFI dah low sejak sebulan lalu kot), aku jadi risau. Disebabkan air ketuban yang terlalu sikit, rasanya itulah punca Ameer sangat irritable, pantang tersentuh sikit, mesti uterus akan contract :( Resulting in me sakit perut sokmo.. Arahan Dr supaya buat weekly CTG pun aku abaikan, tp hari ni terasa seperti nak buat CTG.. Tapi bimbang ditahan di wad lagi... macamane nak exam Jumaat ni??? Really I worry enough but most of the times, ketidaklaratan membuatkan aku abaikan semua benda. Sakit gigi sejak sekian lama, tapi the dentists do not want to do anything. Dan aku merengek2 kat abang nak induce labour at 37 weeks huuu... Entahlah terasa sangat serabut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
hope you'll hang on for whatever time left..can't imagine how hard things can be and how more difficult they can get when mine had been very easy..well, tough things to be handled by tough people, at least that's His promise ;)
if ameer nakal2 when he comes out, i'll babab him and tell him how hard it has been for mummy, carrying him for 9 months..hehee..
salam maryam....
tabahkan hati dan sabar selalu ye...insyaAllah bila baby dah lahir nanti pasti segala kepayahan akan jadi kenangan yg manis....
semoga ameer jadi anak yang soleh
HE is with u, we r with u too. be strong sistah!
Post a Comment