Followers

Thursday

Saya nak kulit muda remaja!!!

Assalamualaikum :)

Hari ni saya nak kongsikan rangkaian produk anti penuaan yang selamat untuk wanita hamil!

Kenapa eh penting sangat kita jaga kulit?
Orang zaman dulu tak makan vitamin untuk cantikkan kulit pun!!
Orang zaman dulu tak pakai pun segala bagai pencuci dan krim muka!!


Perlu ke?

Tahu tak bahawa kulit adalah organ terbesar dalam tubuh kita? Dan kulit selain beperanan penting dalam penampilan, juga penting untuk melindungi kita dari jangkitan kuman, mengawal jumlah air dalam tubuh dan menstabilkan suhu badan!

AIR- 20% dari kulit kita terdiri dari air. Sangat penting tau untuk mengekalkan kelembapan pada kulit bagi memastikan sel kulit sentiasa segar bugar dan tidak layu!

LAPISAN MINYAK- Pada kulit kita juga ada satu lapisan penting yang dipanggil sebum. Sebum adalah campuran minyak semulajadi yang dirembeskan oleh kulit kita. Sebum menghalang kulit dari menjadi kering dan memastikan kulit sentiasa kelihatan awet muda!

MINYAK + AIR --> HIDROLIPID. Gabungan dua elemen yang sangat penting pada kulit yang sihat iaitu kelembapan dan sebum secara seimbang akan menghasilkan satu lapisan yang dipanggil hidrolipid. Lapisan hidrolipid pada permukaan kulit memastikan kulit sentiasa lembap, lembut dan gebu serta kelihatan awet muda! Lapisan ini juga mengekalkan pH yang sedikit berasid untuk memastikan bakteria tidak dapat membiak pada permukaan kulit yang seterusnya boleh mengakibatkan jerawat bernanah!


Sel kulit dihasilkan pada lapisan yang paling dalam, dan akan bergerak ke permukaan kulit. Bila sel ini mati, ia akan dibuang dan digantkan dengan sel baru. Proses pergerakan sel ini penting untuk memastikan kulit kita sentiasa kelihatan segar dengan sel2 baru. Biasanya dalam kulit yang sihat, proses ini mengambil masa 28 hari. Bermaksud kulit kita diganti setiap 28 hari!

Lapisan lemak dan collagen dibawah kulit akan memastikan kulit sentiasa tegang dan anjal. Diusia muda, kulit mampu memperbaiki sendiri segala kerosakan yang berlaku disebabkan oleh pencemaran, pendedahan kepada cahaya matahari, dan radikal bebas. Tetapi lama kelamaan, kulit akan mula tewas dan tanda tanda penuaan kulit akan muncul seawal umur 20an!!

Amboi panjang lebar saya terangkan tentang kulit supaya kita semua dapat memahami bagaimana sebenarnya ciri ciri kulit yang sihat serta mengenalpasti faktor yang mempercepatkan penuaan kulit.

Membekalkan vitamin dan nutrisi pada kulit sangat penting untuk menghasilkan kulit yang sihat. Tetapi penjagaan luaran tidak kurang pentingnya!

Kali ini saya nak berkongsi tentang Enfuselle, iaitu rangkaian produk anti penuaan untuk kulit lelaki dan wanita!

Apakah keistimewaan Enfuselle berbanding rangkaian produk muka yang lain?

Enfuselle emngandungi 7 kandungan istimewa yang dipanggil VITAL REPAIR
1. Vitamin A- meningkatkan kelembapan kulit, antiksidan untuk melindungi sel dari kerosakan
2. Vitamin C- melindungi kulit dari kerosakan kolagen yang disebabkan oleh sinaran UV dan radikal bebas
3. Vitamin E- antioksidan yang melindungi kulit dari ancaman radikal bebas dan UV. Juga mengurangkan pigmentasi dan memudarkan parut
4. Panthenol (provitamin B5)- meningkatkan kegebuan dan keanjalan kulit
5. Ekstrak biji anggur- menghentikan aktiviti enzim yang menghancurkan lapisan collagen
6. Superoxide dismutase (SOD)- melindungi kulit dari radikal bebas
7. Beta glucan- melindungi kulit dari pencemaran dari udara



Dengan penggunaan rangkaian produk Enfuselle, kesan hebat boleh dilihat seawal 4 minggu penggunaan! Kulit nyata lebih segar, lembap, anjal dan kelihatan muda :)

*668% penambahan dalam keanjalan kulit
*421% pengurangan kedutan
* 88% pengurangan garis halis



Tapi adakah saya perlu pakai semua produk Enfuselle??

Tentulah tidak. Anda boleh hubungi saya untuk mengetahui yang mana satu yang anda perlukan :)
Atau nantikan kupasan lanjut dalam entri selepas ini!



Dr Maryam Aziz

Helping you to look young!

Tuesday

Lot Banglo Impian untuk dijual

Bismillahirrahmanirrahim

Berkongsi impian dan offer menarik!

Ibu mana yang tak ada impian untuk anak anak dan keluarga??? Tak ada. Mesti ada impian :)

Saya pun ada impian. Sejak dari zaman persekolahan lagi. Dari dulu saya suka tengok gambar 'mansion'. Rumah agam Inggeris zaman lama. Nampak klasik, sejuk dengan taman yang cantik penuh bunga!!! Selalu search gambar2 dalam Google dan simpan dalam laptop untuk tatapan peribadi dari semasa ke semasa. Waaaa seperti terbayang anak anak saya berlari riang di taman yang luas atau beraktiviti seni di dalam rumah. Terbayang saya yang rajin ke dapur menyediakan makanan untuk suami dan anak anak dan berpiknik di laman bawah teduhan pokok rendang. Terbayang keluarga yang ceria dan bahagia :)


Sekarang ni berita penculikan kanak kanak makin hangat. Ibu bapa pasti sangat bimbang untuk melepaskan anak2 bermain bebas di luar. Jadi saya menetapkan kriteria bahawa rumah saya nanti mestilah memiliki halaman luas, cukup luas untuk anak anak bermain bola sepak atau layang layang! Cukup luas untuk anak anak berlari. Dan saya akan buat tembok dan pagar tinggi sebagai faktor keselamatan. Jadi tak perlu mengongkong anak anak didalam rumah dan dalam masa yang sama tak perlu bimbang melepaskan anak anak beraktiviti bebas luar rumah :)

Berbekalkan impian ini, sebaik saya mula bekerja, saya mencari sebidang tanah sebagai tapak rumah kami nanti. Saya inginkan suasana tenang, jauh dari hiruk pikuk dan asap debu bandar. Tapi dalam masa yang sama saya nak kawasan yang selamat dan eksklusif. Pencarian demi pencarian, akhirnya saya bertemu dengan tanah impian!

Saujana Utama Sungai Buloh Country Resort (SBCR)


Kawasan yang sedang pesat membangun tapi alam semulajadi masih terpelihara. Nama pun Country Resort- sangat melambangkan suasana kedesaannya.

Ada 3 Garden- Kenanga Garden, Seroja Garden dan Anggerik Garden. Kawasan ini menawarkan lot/ tapak rumah banglo gaya eksklusif.

Cari punya cari, akhirnya kami memilih Kenanga Garden. Betapa Allah memudahkan usaha, kami dapat membeli sebidang tanah betul betul di puncak Kenanga Garden. Berhawa agak sejuk dan cukup tinggi untuk membolehkan kami melihat ke seluruh kawasan Saujana Utama.

Tanah ini memang luas, dengan keluasa 12,127 kaki persegi! Bertepatan dengan impian saya (yang pada ketika itu sudah menjadi impian kami- abang dan saya). Kami mula melakar pelan rumah. Dan saya beritahu abang bahawa saya ingin membela sepasang kuda dan pastikan anak anak kami pandai menunggang kuda.


Kenanga Garden adalah kawasan berpagar dan bersekuriti 24 jam. Ada clubhouse yang menawarkan pelbagai aktiviti termasuklah aktiviti berkuda.

Selain kawasan yang cantik dan berudara segar, kawasan ini menjadi pilihan disebabkan kemudahan berhampiran. Klinik, sekolah, restoran dan segala keperluan terlalu hampir. Stesen minyak pun dekat je. Begitu juga dengan lebuh raya. Ada masjid berdekatan yang menggembirakan abang ;)


Waktu tu kami baru mula bekerja, masih tak berduit. Tapi kami tetap beli tanah dan membuat perancangan untuk membina rumah dalam tempoh 10 tahun akan datang, seusai kami hidup merantau. Tanah dan rumah, semakin dilengah2kan pembelian, semakin mahal harganya! Jadi memang tak rugi membeli untuk dijadikan aset.

Kini masuk 3 tahun kami memiliki lot banglo itu, harganya sudah 2 kali ganda!!! Terasa begitu sayang untuk melepaskan pergi lot banglo ini, tapi mungkin Allah ada perancangan lain untuk kami.. Direzkikan membeli sebuah banglo di Kedah dengan keluasan tanah yang lebih berganda dari lot banglo ini, kami bersedia untuk menawarkannya dengan harga lebih rendah dari pasaran. Impian saya insyaAllah akan tetap diteruskan, dan saya ingin membantu sesiapa yang memiliki impian sama untuk memiliki sebidang tanah ini.

Sebidang tanah bukan hanya sebidang tanah :)



Jika anda atau kenalan atau ahli keluarga anda berminat untuk memiliki tanah ini, bolehlah call saya
Dr Maryam
0139144638

Saturday

ESP for flawless skin: 3 years and counting

Saya nak share satu produk yang saya rasa bessttttttt sangat. And which I feel very important to regain back flawless skin!


Mungkin ada orang rasa "Eh mesti dia nak jual produk dia ni". Terpulanglah apa yang orang nak rasa, cuma saya kongsikan kesan superb yang saya dapat bila gunakan produk2 yang akan saya anjurkan :) Kalau nak rasa kesan superbb ni, no harm trying :) Kalau taknak pun xpe, kulit masing2.

Semua orang tahu saya pengguna tegar dan pengedar Shaklee. Perkara yang mungkin tak ramai tahu adalah, saya dah amalkan Shaklee selama 2 tahun sebelum saya mula berniaga! First product yang saya cuba dulu adalah ESP dan konsisten sampai ke hari ini! Tapi entah kenapa waktu 2 tahun pertama, tak pernah terfikir nak berkongsi kebaikan dengan orang lain hahaha. Saya cuma berkongsi dengan abang sampailah abang pun turut jatuh cinta! Ada sedikit penyesalan waktu tu bila berkongsi dengan abang.. abang selalu minta tolong bancuhkan ESP tapi isteri dia ni malas!!!! Huuuuu.

Waktu dua tahun pertama saya bekerja, memang sangat memenatkan. Waktu tu tengah lalui training housemanship. Houseman ni kira kuli kat hospital. Orang pertama datang, orang terkahir balik dan segala benda kita yang kena buat. Sebab nak menuntut ilmu, redha kan aje :)

Tipu kalau saya kata waktu tu tak penat. Penatnya hanya Allah yang tahu! Waktu tu Allah buka pintu hati untuk cuba ESP. Perubahan yang saya rasa adalah sangat bertenaga! Walaupun waktu tu selalu tak sempat makan breakfast atau lunch. Saya selalu datang kerja kul 3-4 pagi, balik dalam 12pm. Tapi masih mampu bertahan :) Dan pujian yang selalu saya dapat (terutama dari staff nurse haha) adalah nampak muda! Tambah lagi saya memang jenis org slim (bertambah slim bila selalu skip meal. berat waktu tu sekitar 43-44kg), rata rata tak percaya yang saya dah ada anak!
Jerawat satu penyakit kulit! Kalau ada jerawat, jom rawat! Mesti usaha untuk dapatkan flawless skin :)

Dengan waktu kerja yang gila, memang tak sempat nak buat rutin cuci muka! Kadang2 cuci muka waktu mandi. Itupun pakai apa sahaja pencuci yang ada. Selalunya pakai lebihan pencuci muka adik beradik. Diorang ni suka try macam2 produk muka, bila tak suka, terus derma kat saya haha. Saya pun terima je lah ;P tapi Alhamdulillah walaupun rutin penjagaan muka cincai boncai, muka tetap licin dan bebas jerawat. Sebab tu saya memang tak sanggup nak tinggalkan ESP sampai hari ini!

Waktu alahan, memang saya tak boleh minum ESP. Bau pun dah boleh muntah. 4 bulan tinggalkan ESP, memang perubahan ketara pada kulit. Kulit mudah dapat jerawat. Dan bila jerawat kecut, payah betul untuk hilangkan parut jerawat! Berbeza dengan ketika saya amalkan ESP, biasanya tak sampai seminggu pun kesan jerawat lesap!

Sekarang dah 2 minggu saya konsisten semula dengan ESP. Alhamdulillah nampak perubahan ketara pada kulit walaupun saya kini sedang mengandung. Biasanya kulit orang mengandung ni problematic :)

Dan perubahan lain yang saya rasa adalah saya kembali aktif dan rasa sangat bertenaga walaupun dalam keadaan mengandung! Hari2 boleh mop rumah, masak untuk keluarga, bekerja dan malam menguruskan bisnes. Alhamdulillah Allah buka pintu hati saya untuk mencuba ESP

Macamana saya minum ESP?
Saya biasa minum 2 kali sehari. Pagi dan malam. Setiap kali bancuh, saya gunakan 2 scoop + susu. Dulu selalu shake dengan tangan. Sekarang selalu guna shake-n-take (hadiah dari kakak hehehe). Rasa lagi best sebab halus berbuih2! And mesti bancuh sejuk2 or tambah ais! Sebab saya mesti buat untuk 2 orang (abang pun wajib minum ESP ni!!!), setiap kali bancuh, saya letak 4 scoop.
Jadi bayangkan 8 scoop sehari!
Selalunya 1 tong ESP tu memang tak tahan lah sebulan hehe.

Inilah resipi yang selalu saya gunakan untuk minuman ESP yang super delicoussss. Cuma gantikan Cinch dengan ESP :)

Kadang kadang rasa pelik bila customer beli ESP, lepas tu complain takde kesan. Tapi beli 1 tong, lepas 4-5 bulan pun x habis lagi! Tak tahulah macamana cara dia minum, konsisten ke tak..

Sebenarnya kalau tak bersungguh dan istiqamah, kita sendiri yang rugi. Sebabnya siapa yang nak kulit flawless? Diri sendiri juga. Mesti bersungguh2 untuk capai impian sendiri k :)

Kalau rasa nak cuba ESP, boleh hubungi saya k. Saya cuba bantu sehabis baik supaya semua orang mampu mengamalkan ESP!

Dr Maryam Aziz
0139144638

Pregnant mommy can also be gorgeous!

Assalamualaikum :)

Lama tak menulis sebab agak busy sekarang ni. I'm not just a doctor, I'm also an enterpreneur hihihi. Dah lama teringin nak ada bisnes sendiri, jadi bila ada bisnes sendiri rasa seronok sangat. Walaupun bernaung bawah Shaklee, tapi tetap rasa macam bisnes sendiri. Kadang2 rasa macam main main je haha. Mana taknya, bisnes ni dimulakan sebagai suka suka and nak tampung keperluan nafsu sendiri yang nak amalkan pelbagai produk Shaklee. Tapi bila dapat keuntungan yang lebih berganda dari gaji seorang doktor, rasa celik mata. Oh this is serious after all!!


I'm now 5 months pregnant, which means I have another 4 months to go! Now I have a new mission!
Waktu 4 bulan pertama, my main business was vomiting. Rasa teruk giler waktu tu! Setiap malam tak boleh tidur sebab gastrtiis and muntah muntah. Kalau diberi pilihan, memang dah taknak lalui lagi dah. Sob Sob. Makan memang merapu rapu. Tapi tak kisah pun sebab semua makanan tu tak bertahan lama dalam perut hehehe. Sekejap je singgah, muntah balik.

Penjagaan diri? Totally out! Gosok gigi dua hari sekali ahahahaha. Sebabnya waktu tu macam dah tak tahu siang ke malam. Sama je. Cuci muka? Langsung tak cuci selama 4 bulan! Tak larat fikir pasal cuci muka bila loya dan muntah menguasai. Jerawat tumbuh macam cendawan lepas hujan. Waktu tu duduk rumah Ummi, abang tinggal sorang2 kat Kelantan. Ambil cuti tanpa gaji. Jadi takdelah isu sangat tentang keserabaian diri tahap maksima. Kalau abang ada pun, mungkin tak perasan haha.

Lepas 4 bulan, alahan semakin berkurang Alhamdulillah. walaupun kadang2 masih lagi muntah bila silap pilih makanan. Waktu bangun, macam sleeping beauty. Terbangun dari mimpi. Bezanya bila bangun, ARGGGHHHHHH nightmare. Body shape memang totally out lah. Perut memboyot, peha besar dan segala galanya besar. Bila timbang, OMG dari 45kg---> 54kg. Bukan aku muntah muntah ke haritu??? Mana datang 10kg ni??? Dan yang lebih menakutkan, penuh jerawat kat muka terutama kat T-area, dan of course PARUT JERAWAT!! Sentuh pipi, bergerutu dan berminyak. Sentuh rambut, awat macam dawai??? Sob sob sedih sangat.. Teringat segala usaha meng-flawless-kan muka sebelum pregnant haritu... macam hilang sekelip mata.

Jerawat T Zone

Saat saat macam ni, mulalah nak salahkan abang wuwuuu. Sebab abanglah isteri jadi macam ni T_T. Ok ini memang fikiran budak kecik tak matang. Every pregnant woman go through the same things and I should be just grateful for everything that I have! Plus brooding isnt getting me anywhere. So waktu tu dengan penuh motivasi, cuba untuk bangkit semula.

Kata nak jadi Gorgeous Pregnant Lady??? Kata nak jadi macam Che Ta waktu sambut baby? Gorgeous dengan segala make up bagai? Kata nak nampak awet muda walaupun anak berderet2 kat belakang?? Teringat balik segala impian..Of course tak boleh bersedih dah!!!

So saya pun buat balik plan.. Plan yang saya panggil PREGNANT MOMMY CAN ALSO BE GORGEOUS! Kenapa pregnant mommy?? Sebab pregnant mommy ni ada limited option. Bukan semua vitamin boleh makan, pencuci muka pun kena pilih2 yang selamat. Anybody yang interested, jom! Kita ikut plan ni  dalam next entry :)


Dr Maryam Aziz :)