Followers

Sunday

Ramadhan dah bertamu, memang kesayuan tika kali pertama dia menjengah menggigit jiwa. Syahdu. Mungkin lebih dirasai bilamana Ameer Faheem dan abang jauh di kampung.

Kesibukan bekerja membuatkan aku sering terlupa bahawa aku dalam fatrah istimewa. Terkadang begitu rindu saat aku kaya dengan waktu untuk ber'malas'an atas sejadah, berehat dengan al quran, bertarung di dapur menyiapkan juadah abang dan Faheem. Rindu juga untuk menapak ke masjid dengan abang dan faheem.. Rindu untuk menghabiskan masa dengan insan insan yang hatinya begitu merindukan Tuhan supaya aku juga jadi begitu..

Kehidupan kini jauh berbeza. Mungkin pernah sekali dua sahaja aku masak semenjak mula bekerja. Mungkin pernah sekali dua sahaja aku mandikan hero kami, atau basuh beraknya. Mungkin pernah sekali dua sahaja aku benar2 memberi abang ruang untuk bermanja dengan isteri.

Saban hari aku bertanya pada diri, benarkah jalan yang dipilih? Bukankah Ameer Faheem satu pelaburan yang usia mudanya harus aku jaga dan penuhkan dengan didikan? Sedangkan jika ditanya apa yang Ameer Faheem isi kedalam perutnya setiap hari pun, aku gagal berikan jawapan...

Hati kecewa dan kecewa.. Benarlah kata seorang ilmuwan, tanggungjawab yang tersedia melangkaui waktu yang ada..

Moga Allah sentiasa memandu setiap langkah hambaNya,,

2 comments:

ummu humaira said...

Salam ummu faheem..ana ummu humaira'..ummi kepada seorg anak angkat yg dibela sejak 3rd year medical school..tlh memulakan career sejak pertangahan thn lepas sbg seorg HO di johor..salam perkenalan..ana selalu jugak menjengah blog ummu faheem ni.. nasihat ana, setiap kali teringatkan anak ketika bertugas, doakan dia, semoga Allah memberikan tarbiyah yg lebih baik buatnya ketika kita semua sibuk menunaikan tanggungjawab kpd masyarakat..
InsyaAllah ada keberkatan walau sedikit masa yg diluangkan bersama..
bukan kuantiti yg kita cari tp kejarlah quality ketika bersama org2 yg tersayang..

Ain Mardhiah said...

semoga semua urusan akak di[permudahkan selalu. amin.