Followers

Saturday

Khabar dari irbid

Alhamdulillah dah seminggu kami meninggalkan bumi Malaysia. Dah seminggu juga kami bertabah mengharungi winter Jordan, setakat ni dah 13 darjah Celcius. Memang sejuk, Faheem dah seminggu tak mandi hehe. sebabnya bila mummy buka baju dia and bawa masuk toilet, menjerit-jerit menangis taknak kena air :p

Cepat betul waktu berlalu, bagai tak terasa dalam kekalutan menguruskan rumah. Sesungguhnya kami diuji lagi...

Jumaat 21 oktober, 19:50 kami berangkat ke Jordan dengan Gulf Air. Berat bagasi memang tak ingat, lebih kurang 150 kg utk kami tiga beranak. Tak termasuk lagi dengan stroller faheem yang tak perlu timbang huuu. Alhamdulillah tak banyak masalah di Airport. Dalam flight dari Malaysia ke Bahrain pun tak banyak masalah, Ameer Faheem tidur pada kebanyakan masa.

Dari Queen Alia international airport, puas kami berfikir cara untuk pulang kerumah beserta barang2 yang banyak. Akhirnya Allah berikan kami jalan keluar yang sungguh tak disangka2, kami pulang menaiki pickup. Harga pun murah JD15 sahaja dari airport sampai ke rumah. Entah macamane abang boleh terjumpa pickup tak tahulah.

Sampai shj dirumah, ingtkan bolehla berehat, sambil hati tak sabar2 untuk pasang segala hasil jahitan di Malaysia. Buka pintu, ya Allah, najis tikus berteraburan serata rumah, bau kencingnya menusuk sampai ke otak. Kami jalan dari satu bilik ke bilik lain, semuanya dicerobohi tikus hatta sehingga ke atas katil pun ada najis tikus. Kemudian kami ke dapur dan sekali lagi dikecewakan. Makanan dalam kotak dan tin habis dimakan, dapur sungguh kotor dan busuk. Tandas apatah lagi, laluan utama tikus untuk masuk kedalam rumah, penuh dengan tanah dan segala kotoran busuk. Terasa seperti ingin menangis, tapi masih gagah untuk terus mencapai vacuum cleaner dan terus membersihkan carpet. Tidak sempat pun menukar baju..

Cuaca di Jordan waktu itu sudah sejuk, winter sudah bermula. Ameer Faheem yang memang selsema sejak di Malaysia seperti susah untuk menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca mendadak. Dia mula sesak nafas. Aku mula risau, dan selepas solat, kami terus keluar untuk ke hospital dan makan malam. Di hospital nasal suction dibuat- prosedur untuk menyedut kahak2 dan hingus, sebab Ameer Faheem masih belum pandai menghembuskan hingus dan membuang kahak sendiri sehingga menyebabkan dia sesak nafas. Alhamdulillah dia tidak ditahan di wad. Kami pulang malam itu keletihan dan terus tidur.

Keesokan harinya kelas abang bermula. Aku begitu berat hati untuk melepaskan abang pergi. Sebabnya tikus masih dalam rumah dan aku begitu fobia dengan tikus. Abang pesan supaya aku tidur sepanjang dia ke kelas dan dia cuba untuk balik awal setiap hari. Memang begitulah rutin aku dan faheem setiap hari. tidur sehingga abang pulang dari kelas. Bila abang pulang, barulah kami beroperasi mengemas rumah dan mencari tikus. Membuang barang2 yang rosak dan nmengasingkan pakaian yang perlu dibasuh. Akhirnya kami asingkan sehingga penuh 6 bakul pakaian untuk dibasuh. Bila mula hendak membasuh, mesin basuh pula tak berfungsi. Aku mula rasa tertekan, dan terus membasuh dengan tangan. Ya Allah terasa seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Semuanya itu aku habiskan dalam 1 minggu. Sudahlah air sejuk seperti ais, tangan dan kaki pula memang luka2 sebab kering akibat cuaca yang sejuk, tapi digagahi juga untuk bersabar atas ujian2.

Akhirnya setelah 4 hari kelas, abang mula bercuti untuk 2 minggu. Cuti raya haji. Subhanallah aturan Allah itu memang cantik. Terasa ringan didada sejak abang mula bercuti. Kami mengemas rumah sebaik celik mata di waktu pagi sehinggalah keletihan tertidur pada waktu malam. Biasanya selesai saja solat isya' jam 6.30pm, kami terus tertidur. Beberapa hari kami ke balad untuk survey carpet dan akhirnya Alhamdulillah berjumpa dengan carpet yang berkenan di hati dan harga berpatutan. Pink for my room, purple polka dot for Ameer Faheem (sebab nak sesuaikan dengan set bilik tidur polka dot yang aku jahitkan hehe), Maroon stripes for the lounge and flowery pink for the lobby. Alhamdulillah. Memang aku patut ucap terima kasih yang tak terhingga kat abang sebab sudi melayan kehendak wife ngade dia ni nak carpet pink serumah hehe. Kemudian episod memasang carpet pun bermula. Memang meletihkan. Sudahlah angkat carpet pun berat, inikan pula memasang carpet dalam rumah yang sudah dipenuhi perabot. Aku dan abang bekerja berdua je, memindahkan perabot dari satu bilik ke bilik lain. Ya Allah, rasa seperti nak patah pinggang, rasa putus asa dan macam2 lagi perasaan negatif, tapi kami terus bertabah.

Kemudian setelah hampir 2 minggu, rumah hampir selesai di kemas, abang mula membaiki barang2 elektrik yang rosak. Alhamdulillah mesin basuh dah dibaiki, ada wayar putus digigit tikus. Abang seboleh2nya ingin mmbaiki semua barang sendiri. Sebabnya di kawasan kami ada satu sahaja kedai baiki mesin. Dan serious aku sendiri geram betul dengan tuan kedai tu, berbisnes dengan cara tidak jujur. Pendek kata, aku rasa dia dapat duit haram je. tak bimbangkah dia menyuap rezeki haram ke mulut anak isteri??? manusia.. manusia.. Tuan rumah kami pun warning supaya tidak ke kedai ni.

Pernah dulu bahagian spinner mesin basuh rosak. Abang hantar untuk dibaiki, terus dicaj JD25 (lebih kurang RM150). Bila buka bahagian belakang, rupa2nya dia hanya tambah pin pada tali spinner yang terputus, tak tukar tali baru pun. Takkanlah tambah pin sampai JD25?? Kemudian ada sekali abang hantar peti sejuk. Katanya rosak motor (rasanya semua orang hantar pun dia kata motor rosak, walaupun aku rasa gas je habis). terus dia charge JD60. Abang biarkan dulu di kedai sebab terlalu mahal. Tapi sekarang peti sejuk abang pun dah takde, dia jual barangkali. Baru2 ini pula kami hantar 2 sobah gas (heater) untuk dibaiki sebab apinya merah dan bukan biru. Mula2 dia kata JD6.5 untuk setiap satu (sebelum minta dibaiki, kami tanya harga dulu), kami kata mahal sangat. dia kata JD5, so kami kata ok. Dia baiki dua2 sobah tu 15 minit je,cuma tukar sumbu yg harganya JD1 (sebab abang pergi kedai hardware tanya). lepas tu dia kata harga JD6.5x2 + JD2 utk upah = JD15. Malam itu seriously aku rasa macam nak bunuh dia ni sebab menipu besar! Tapi aku diam je.

Alhamdulillah rumah kami selesai dikemas. Alhamdulillah wa shukrulillah. Lapang rasa dada. Abang pun boleh mula focus pada study, begitu juga aku. Alhamdulillah atas nikmat teman baik anugerah Allah. Abang memang satu anugerah, teman yang bersamanya aku lalui pelbagai perkara, dengannya aku pelajari erti sebenar kehidupan, bahawa kehidupan itu tak sentiasa indah dan mudah, tak sentiasa seperti yang kita impikan, tapi disebalik setiap usaha pasti ada bahagianya :) Mengenangkan kehidupan aku dan abang yang merantau, sejak dari mula kami berkahwin. Dulunya kami merantau ke kuantan bila abang pulang ke malaysia, dan kini kami merantau di jordan. Merantau di kuantan lain kisahnya. Pernah duduk di hotel berminggu2, duduk di homestay sehingga berbulan lamanya, berkali2 juga kami tidur di R&R kerana keletihan travelling kedah-kl-kuantan, kehidupan yang jika diceritakan seakan berbunyi pelik, tapi bila dilalui bersama abang terasa seperti adventurous hahaha. Merantau di bumi asing jordan, mungkin lebih banyak cabarannya. tatkala aku dan abang cuba untuk membina kehidupan dan rumah yang selesa untuk kami 3 beranak, memang tidak mudah. Dari segala aspek (yang kebanyakannya biarlah tersimpan rapi dalam lipatan memori aku dan abang). Dan sekali lagi kami banyak melakukan perkara yang mungkin tidak terjangkau pada pemikiran orang :p Contohnya waktu kami pindah rumah, abang angkut segala perabot seorang diri dari rumah ke lori. Aku marah betul dengan abang tentang perkara ni. Bimbang abang sakit2 belakang, sakit pinggang dan sakit satu badanlah senang cerita. Tapi abang kata waktu itu kawan2 sedang sibuk dengan program kalau tak silap. Kemudian dari lori ke rumah sewa baru barulah kawan2 datang untuk membantu sebab waktu itu sudah lewat malam dan program pun sudah habis.

Alhamdulillah ala kulli hal :)

No comments: