Followers

Monday

Ramadhan kali ini..

Alhamdulillah, berpeluang lagi untuk memanjakan diri dalam bulan ramadhan. Cepatnya masa berlalu, kali ini dah ramadhan ketiga aku bersama abang. Dan ramadhan kedua bersama ameer faheem (ramadhan pertama waktu ameer faheem 5 bulan dalam rahim hehe). Hati memang terlalu berharap agar ramadhan kali ini menjadi ramadhan yang paling bermakna antara tiga ramadhan yang pernah kami harungi bersama.. aura kehadiran ramadhan kali ini pun dirasakan hadir dengan kemegahan yang tersendiri, ketawadhukan yang berbeza, kesayuan yang menggigit jiwa dan yang pasti semangat yang membara! Semangat untuk mencari kembali 'ruhul jadid' berbekalkan iman2 lapuk yang masih tersisa...

Ramadhan itu tak pernah berubah! Sentiasa ramadhan yang sama. Ramadhan yang serupa. Sesungguhnya iman kita jugalah yang menjadikan ramadhan itu dipandang dengan persepsi berbeza.. dan dimanfaatkan dengan cara yang berbeza.

Mengimbau ramadhan lalu aku dan abang, Ramadhan pertama hadir ketika aku dan abang masih baru bergelar suami isteri, dan baru sahaja bertemu setelah perpisahan yang lama. Pastinya bila bertemu, terlalu banyak perkara ingin dilakuan bersama, terlalu banyak cerita yang ingin dikongsi, terlalu letih meraikan kedua2 belah keluarga, dan yang pasti kami travel merata-rata tempat sehingga acapkali abang memberitahuku 'sebahagian besar usia abang habis dalam kereta!" Hehe. Barangkali urusan yang banyak itu mencuri waktu untuk beribadah, cerita yang panjang itu mengurangkan waktu untuk membaca al-Quran, keletihan bersosial tidak memungkinkan kami untuk bertahajjud dan masa yang dihabiskan di jalanan membuatkan kami sering terlepas untuk berjamaah tarawih di masjid..

Ramadhan kedua kami bersama.. Abang berpuasa Alhamdulillah sebulan penuh di Malaysia. tapi aku? Masih dalam fatrah mabuk mengandung, masih harus bersabar menahan loya, masih teruk muntah2, dan yang pasti memang tidak mampu untuk berpuasa. Memang, aku tidak berpuasa sebulan penuh! Kasihan abang, bersahur sendiri, berbuka juga sendiri dan bertarawih juga sendiri. Malah ketika berpuasa terpaksa pula masak dan sediakan makanan untuk isteri yang memang lembik dan emosional hehe.

Ramadhan kali ini? Kali ini di Jordan. Waktu berpuasa lebih panjang dari Malaysia. Berpuasa ketika summer, memang menguji. Sahur 3.30am, berbuka 8pm. Tapi alhamdulillah aku memang dah marathon ganti puasa sebelum ni, yang baru sahaja selesai 2 hari sebelum 1 Ramadhan (hehe), maka keletihan 1 Ramadhan tidak begitu terasa. Ameer Faheem sudah besar, maka kami bawa dia ke masjid untuk bertarawih. Masjid Jaamia'h Yarmouk. Tentulah dia seronok, ramai kawan di sana :p, walaupun dia menangis juga dihujung2 solat kerana terlalu mengantuk. Tapi Ameer Faheem memang mudah tidur, mummy bagi bantal dan botol susu, dia tidur tergolek atas carpet masjid, ditengah2 kehingaran orang bersolat, di antara kesibukan ratusan manusia mengabdikan diri kepada Allah.. Moga Ameer Faheem menjadi pemuda yang mencintai masjid. Ameen.

No comments: