Followers

Showing posts with label censored 18sx. Show all posts
Showing posts with label censored 18sx. Show all posts

Thursday

Seperti Khadijah kepada Rasulullah

Today I am in the melancholic mood again after such severe diarrhea. It was due to the keropok lekor rebus that I ate this morning, I am sure.

2 days ago, I went to Kedai Buku Ansar in KP with Hana, in a vigorous search of wifey books. At that point of time, I had just realized that what I had in me was not enough for me to be a good wife. In the end, I bought two books

1. Kisah cinta sejati Khadijah  by Abdul Mun'im Muhammad Umar

2. Jalan Kebahagiaan by ...

The first chapter I read was of course on anger. Why? Because at that time I was still feeling extremely sad after being scolded by A'thiq for some reason. Kesedihan di hati masih tinggi. Why sad? Because after the scolding session, I am extra aware that I haven't done enough to make him feel happy.. Ini baru je bertunang dan duduk berjauhan.. apatah lagi jika dah berkahwin dan duduk bersama? Pasti banyak lagi kelemahanku yang akan mengecewakan dia..

Starting from there I was so determined (and still am) to change drastically. To change to be a better person. Menjadi isteri solehah yang sentiasa membahagiakan suami. Aku ingin menjadi seperti Khadijah kepada Rasulullah, sehinggakan pemergiannya meninggalkan nama, kehilangannya diiringi air mata, kesunyian hidup tanpanya mebuahkan rindu, dan meskipun dengan ketiadaannya, namanya sentiasa saja meniti dibibir Rasulullah, diungguli dan bagaimana pula perasaan dalam hati baginda? Pastinya tersangat merindui isteri tercinta!

Ya, aku ingin menjadi seperti dia. I want my presence in his life become a priceless gift. Aku begitu ingin menjadi bidadari kepada dia, menjadi ibu anak-anaknya, menjadi tempat untuk dia bermanja, menjadi temannya mengejar cinta dan redha Yang Maha Esa, beriringan dengannya menyusuri jalan mencari syurgaNya.. 

Aku ingin menjadi seperti kahdijah kepada Rasulullah....

Maafkan aku..

Hari ini kolam hati ini tenang bagai tiada satu apapun yang mengocaknya. Dan aku baru saja mengalunkan kalamullah. Sebentar lagi aku akan ke hospital. Sungguh aku merindu saat aku dan al-Furqan menjadi teman yang paling akrab, saat aku merasakan aku tidak sendirian meniti liku-liku kehidupan, saat aku merasakan bahawa aku sentiasa memiliki panduan dalam perjalanan menuju Tuhan. Dan saat itu aku benar-benar mengharapkan seorang insan untuk sama-sama mengharungi permusafiran dunia. Sungguh kerana destinasi itu terlalu jauh, dan kadang-kala terlalu jerih untuk dilalui sendiri, sehinggakan aku sering menangis mengemis kepadaNya, agar aku dipertemukan dengan dia..

Akhi, pasti kau juga merindu saat itu. Meskipun kau tidak pernah menyatakannya, aku tahu kerenggangan dengan kalamNya sungguh menggigit dan menghiris hati kecilmu. Dan acapkali akulah penyebabnya. Aku menyibukkanmu dengan urusan duniaku, aku menggusarkan perasaanmu dengan kesedihan hatiku, aku melelahkanmu dengan segala permintaanku.. dan kerana aku sering terlupa bahawa aku hadir dalam hidupmu bukan untuk dilayan olehmu, tetapi untuk membantumu menjadi pejuang yang lebih hebat dijalanNya.

Maafkan ku akhi diatas segala kelalaianku. Bagai aku baru tersedar dari mimpi yang panjang. Dan saat untuk aku dipikulkan dengan amanah menjaga seorang mujahid malah telah semakin hampir. Akhi sentiasa ingatkanku tentang tanggungjawabku.. Aku ditugaskan menjadi dayangmu, juga menjadi bidadarimu. Akan ku lakukan segala yang ku termampu.

Aku telah berjanji kepada diri dan kepada Ilahi, bahawa aku akan menjadi pelayanmu yang paling setia, menjadi bidadarimu yang paling menawan, mengutamakanmu dalam setiap sesuatu, membantu meringankan bebanmu dalam urusan dunia, segalanya agar kau menjadi pejuang yang lebih hebat. Kerana kau bekerja untuk membina istana kita disyurga. Kerana aku pasti tidak akan pernah jemu menjadi pendampingmu, sehinggakan aku mengimpikan untuk menjadi pendampingmu juga di daerah abadi.. Pasti aku akan cemburu andai kau nanti memilih yang lain selain dariku

Kebimbangan yang berbenih di hati, pasti ingin dihapuskan oleh dia
Kesedihan yang bertakhta dalam diri, pasti ingin dihiburkan oleh dia
Air mata yang membasahi pipi, ingin ku diseka oleh dia
Keterlupaan yang aku alami, ingin ku diingatkan oleh dia
Kelalaian yang membelenggu diri, ingin aku dinasihati dia
Kesunyiaan yang menggari, ingin ku ditemani dia
Keindahan yang ku rasai, pasti ingin ku kongsi dengan dia
Kasih sayang yang kumiliki, ingin kuberikan pada dia
Keibuan yang berbunga, ingin ku curahkan pada anak dia
Kemanjaan yang menghiasi, ingin ku hiburkan dia
Kerendahan pada diri, ingin ku gunakan menghormati dia
Ketaatan seorang isteri, ingin ku memuliakan dia
Segala apa yang milikku, pasti jua akan menjadi milikmu
Aku hadir dengan kelemahan dan kelebihan
Namun semuanya untuk membuat mu menjadi insan yang teristimewa!

Tuesday

my dream

aku cuba sedaya upaya untuk menulis blog dalam bahasa melayu. rasanya aku dah terlalu biasa dan spontan menulis dalam bahasa inggeris, sehinggakan bila tulis dalam bahasa melayu, rasa macam bahasa ku berterabur dan kekok. maaf ye hehe.