Followers

Tuesday

Allah kan ada :)

umur shaklee saya masih belum sebulan, tapi saya rasa seperti dah lamaaa sangat bershaklee. mungkin faktor ukhuwah begitu banyak menyumbang. terasa seperti dah lama kenal, dan terasa macam kawan rapat. betullah apa orang kata, bila impian kita sama, hati pun bagai bertaut.

sibuk benar saya dengan jadual seharian, kadang sampai terlupa untuk makan. memang sendiri dah perasan, nampak macam semakin kurus. hari ni cuba timbang di klinik, rupa-rupanya dah 1kg saya hilang dlm tempoh sebulan. jangan tanya saya bagaimana untuk kurus, kerana saya sendiri bertanya pada orang lain bagaimana untuk gemuk! saya tak pernah ada masalah terlebih berat badan, tetapi pernah terlalu kurus sehingga tinggal tulang dan kulit sahaja. kalaulah ada sesuatu yang boleh saya buat untuk menggembirakan abang, sesuatu itu tentulah menambah berat dan isi!

semalam dimarahi ummi sebab melengahkan makan malam. itupun saya jamah beberapa suap nasi dengan ikan goreng lebihan ameer faheem. cuba juga untuk habiskan segelas koktel tapi banyak berbaki. mungkin Allah tarik nikmat rasa, moga hanya sementara. ummi baru nak gembira melihat saya mengambil vitamin secara konsisten, sebab sebelum ini terlalu sibuk bekerja, sempat bancuh esp je. 2 topik utama leteran ummi sejak azali yang dah lali telinga mendengar, "kamu makan sikit sangat, kamu kena makan vitamin" kata-kata ummi tak pernah tak benar, tapi kadang kekangan masa dan kurangnya semangat membuat kita seperti tak mampu untuk endah. jaga kesihatan tu kewajipan!

kadang kita rasa lelah, siapa yang lihat. kadang kita rasa berduka, siapa pula yang tahu. kadang kita berendam air mata, kita selalu lupa bahawa Allah tak pernah lepa memerhatikan hamba-hambaNya..

Allah kan ada :)