Followers

Saturday

Sanity sometimes can be missed!

Today I ask abang again to settle our transfer letter. Yes, we are going to apply for a transfer ;P hopefully it will be before my delivery is due. I dont know what Kedah has to offer us, but I know that I really want to move to Kedah.

Some people may think I may not be realistic because I am a dreamer. Yes I am a dreamer who take risks and strive to achieve my dreams! This blog which I started back in 2007 have witnessed my ups and downs, the risks that I took, the insane decisions that I made, and the achievements that has made me proud, Alhamdulillah :)

I know that I dont have a strong reason nor do I have a way or even bother to explain, but Kedah is the place where I want to start anew.To start carving my dreams from scratch, and to prove that a dreamer like me always have a plan laid out. The gnawing feeling from the delay in moving there simply put is exactly the same feeling in delaying our marriage, although at that point of time, the decision for 2 medical students living in 2 different continent, to get married was a totally insane decision! And the decision of these 2 medical students to have a baby during their final year was even more insane. No. I am not a person who leave things to chances. Everything was planned although the plan to some, may appear very crumbly and indefinite ;P

I dont ask for anything except for trust and prayer. I never offer any promise except that I'll stand up again if I fall. And for that 2 things, abang has managed to stick to this woman for years.

Trust me, I want to move to Kedah

Friday

Khabar saya di minggu ke 8

23 Januari 2015

Hari ni baby masuk 8 minggu. Masih dengan alahan. Dah lebih sebulan mengharungi alahan (bermula seawal kandungan berusia 4 minggu), tak nafikan rasa letih yang amat, breakdown, stress dan kerap menangis. Mengandung tak pernah mudah bagi saya. Tetapi jika dibandingkan dengan pengalaman lalu, ujian kali ini hanya secebis. Dulu saya alah sehingga saat ingin melahirkan, di sertai dengan macam2 masalah lain. Dulu saya tidak berpuasa Ramadhan sebulan penuh walaupun pada ketika itu kandungan sudahpun mencecah 5-6 bulan. Masih teruk muntah dan gastrik. Dulu dahlah tak berpuasa Ramadhan, abang tolong masakkan disiang hari. Bila balik kedah, mak pula yang sediakan nasi dan lauk. Malu pada orang berpuasa, tetapi itulah hakikat wanita mengandung, dalam keadaan yang begitu lemah sehingga mengharapkan ihsan insan lain.

Kali ini saya mengandung dengan Ameer Faheem, ujian pasti berbeza. Disaat diri terasa begitu lemah, saya tetap melayani kehendak Ameer Faheem. Basuh berak, mandi, sediakan makan minumnya, Mujur Ummi terlalu banyak membantu. Makan saya pun pada ihsan Ummi. Dia yang sediakan makanan, dia yang belikan keperluan roti, biskut, ubat dsb, dia yang basuhkan kain baju, dia juga yang cuci pinggan mangkuk.

walaupun Faheem kadangkala begitu nakal sehingga membuatkan saya menangis, tapi ada banyak waktu keletahnya menggelikan hati. Sebab dah biasa sangat tengok Mommy muntah, dia selalu pesan

"Kalau mommy nak muntah, mommy ambil plastik tau"
"Kalau mommy rasa nak muntah, mommy minum air teh tau"
"Kalau mommy nak muntah, mommy makan ubat tau" (sambil dia g check ubat saya atas meja dapur) "Ok good mommy, pandai mommy makan ubat" katanya bila nampak ubat saya ada yang dah dikoyakkan.

Saya tidur 12-14 jam sehari. Saya masuk tidur seawal 7.30 malam, sebaik selepas solat maghrib. Tapi jadual tak ubah macam orang yang sedang beastfeeding. Setiap 2-3 jam saya akan bangun isi perut. Perut akan terasa sangat pedih dan loya, kadang2 jika terlewat isi, akan bermulalah episod muntah muntah. Saya selalu bancuh teh panas untuk buang angin. Saya tidak pernah tinggalkan rutin makan ubat tahan muntah, ubat gastrik.

Selalunya Faheem masuk tidur lebih lewat. Semalam bila saya terjaga dalam 10pm, saya rasa ada banyak benda atas katil. Ada ball, ada ironman, ada berus gigi! Tak lama lepastu FAheem masuk bilik untuk tidur. Dia pun mulakan sesi pesan memesan macam orang tua

"Mommy, Faheem nak tidur dengan kuda 'mika mika' (macam tu kot sebutan, x pasti), ball, orang. Mommy tidur dengan berus gigi k" ??????? Apa bendalah dia suka merepek, patutlah ada berus gigi atas katil. "Kalau mommy rasa nak muntah, mommy pegang ball ni k, faheem bagi mommy pinjam" ????? Ball faheem tu boleh hilangkan loya ke??? Adoilah anak tapi mommy iye kan aje.

Pastu dia sambung
"Semalam Faheem rasa nak muntah, lepastu Faheem minum air atas lantai toilet, Pastu Faheem dah tak rasa nak muntah"

Euwwww semalam saya marah dia sebab ternampak sambil dia mandi, dia ambil air atas lantai toilet  dan buat kumur. Mommy semakin pening and rasa nak muntah T_T

Bila dah tak tahan sangat, saya mesti message abang dan cakap dengan abang, "ayang dah tak nak  mengandung dah lepas ni....:"

Berusaha untuk jadi lebih sabar!

Saturday

Breastpump dah sampai!

Alhamdulillah semalam g buat dating scan ;P Baby dah 7 weeks Alhamdulillah, due date on 5/9/2015. Scan di Nex Radiology (NR), tempat buat detail scan Faheem dulu hehe. Pening bila bawa Faheem and Safiyya. Nampak macam mak anak ramai, suka gaduh plak tu.

Lepas buat scan, abang bawa makan di kedai mamak just across the road. Beli lamb chop, tapi tak lalu makan. boleh telan few french fries. Tapau bawa balik. Sampai rumah, solat and tidur sampai pagi. Bangun subuh, rasa lapar sangat, tetiba nampak lamb chop macam begitu menyelerakan. Panaskan dan makan habis licin! ;)

Sebenarnya nak bagitahu yang breastpump dah sampai semalam!! Haha excited. Tapi tak boleh nak buat breastpump review sebab tak pro pun dalam bab ni. Waktu lahirkan Faheem dulu, I used spectra 3. Tapi tak suka bp ni sebab few reasons. Paling tak suka sebab berat and tak handy. Pump dia bentuk kotak and leceh nak bawa ke mana mana. I think that was the main reason I stopped pumping. Tak lalu nak angkut bp tu ke hospital. Spectra 3 bising and sucking dia menyakitkan huuu.

I've also tried few other breast pumps such as Eve Love and Medela FS. Tapi tak berapa berkenan dengan suction both pumps, rasa macam tak boleh empty breasts. dua2 breastpump tu belong to my sisters, and diorang pun comment the same thing. Eve love dah selamat dijual kembali.

Initially nak sangat try snow bear kali ni. Baca review ramai orang kata best. Tapi takde double pump, so terpaksa reject. Finally I settle for Spectra M1. Ramai yang prefer this to Medela FS. So cuba nasib hehe. Dapat pakej murah, plus Spectra M1 compatible dengan Freemie Collection Cups, x payah beli extra tubing. Dah jimat di situ!

I bought from Hafsah Collection. Dapat pakej yang agak berbaloi. Spectra M1 + 8 storage bottles + Autumz cooler bag + 1 Ice brick
Semuanya for Rm499 alhamdulillah :)